Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Hantu Paling Terkenal Di Jepun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Hantu Paling Terkenal Di Jepun

Tidak hanya di Malaysia saja yang mempunyai pelbagai cerita cerita tentang hantu yang sangat terkenal seperti pocong dan pontianak di negara Jepun ternyata juga mempunyai beberapa kisah cerita hantu yang sangat terkenal dikalangan masyarakat Jepun dan sangat ditakuti banyak orang.

Hantu Nure-onna dalam keyakinan orang Jepun di gambarkan sebagai hantu yang mempunyai badan ular dan kepala seorang wanita. Hantu ini penampilanya juga sangat mengerikan dengan mata yang berwarna merah seta gigi taring tajam dan rambut panjang boleh membuat orang takut melihatnya. Nah biasanya hantu Nure-onna sering muncul di sungai ketika ia sedang mencuci rambutnya.

Hitobashira adalah hantu manusia tiang kenapa disebut manusia tiang sebab hantu ini bangkit kerana ketika masih hidup dikuburkan hidup hidup di tiang tiang bangunan, masyarakat jepun pada zaman dahulu percaya jika bangunan yang kuat adalah bangunan yang mengorbankan manusia hidup untuk dikuburkan di balik tiang tiang bangunan sehingga banyak para manusia yang jadi mangsa .

Hanako-san atau Toire no Hanako-san merupakan cerita hantu paling terkenal di Jepun, hantu ini adalah berupa hantu anak kecil yang akan menakut nakutkan bilik darjah di sekolah, jika kamu masuk kedalam bilik kecil di sekolah lalu kamu katakan perkataan “Apakah kau di sana , Hanako-san “, sebanyak 3 kali maka hantu ini akan menjawab” Aku di sini “. Ketika kamu memasuki bilik tandas maka kamu akan melihat seorang gadis kecil memakai skirt merah yang memandangnya.

Take take adalah hantu wanita yang mati kerana kemalangan kereta api tubuhnya terbelah menjadi dua setelah kejadian itu rohnya mula menakut nakutkan sekitar rel kereta, banyak orang yang melihat hantu ini berjalan dengan mengheret tubuhnya sendiri yang terbelah dua dan jika ada orang yang bertemu dengan hantu ini maka hantu ini akan memotong tubuh mangsanya menjadi dua bahagian hal ini dilakukan agar ia mempunyai teman yang sama seperti keadaan dirinya mati.

Jinmenken adalah hantu berbentuk anjing dengan wajah manusia biasa hantu ini sering ditemui di kawasan bandar di Jepun dan biasanya berjalan sangat cepat, walaupun menakutkan bagi banyak orang namun hantu ini ternyata tidak suka mengganggu manusia yang ditemuinya

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mS8Csj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.