2 Beradik Maut Dilanggar Komuter Di Padang Jawa
Spread the love
SHAH ALAM – Hasrat dua beradik ke kedai runcit tidak kesampaian apabila mereka maut selepas dilanggar sebuah komuter di KM 29.514 berhampiran jejantas Keretapi Tanah Melayu Padang Jawa di sini, semalam.
Mangsa, Sabiran Musa, 40, dan adiknya Nizam Riduan, 36, yang bekerja membantu ayah mereka menjual ayam di Seksyen 16 di sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak sejauh kira-kira tiga meter dari kawasan kemalangan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata ketika kejadian pukul 6.21 petang itu, dua beradik itu yang menetap di Sungai Rasau, Seksyen 16, iaitu berhampiran kawasan kemalangan, dikatakan sedang berjalan kaki menyeberang landasan untuk ke kedai runcit di seberang landasan berkenaan.
“Mereka dilanggar oleh komuter yang datang dari arah Kuala Lumpur ke Klang. Akibat pelanggaran itu, kedua-duanya yang masih bujang patah tangan serta mengalami kecederaan di kaki dan kepala.
“Mayat mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment