Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kalau Tak Boleh Bersangka Baik, Janganlah Sampai Bersangka Buruk” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kalau Tak Boleh Bersangka Baik, Janganlah Sampai Bersangka Buruk”

Kita selalu anggap diri kita ini lebih baik dari orang lain, padahal diri kita sebenarnya tidaklah sehebat yang disangka. Zulhazmi Mokhti berkongsi pengalaman beliau ketika belajar di luar negara yang boleh kita renung-renungkan.

Semasa belajar di Cardiff dulu rumah saya sebaris dgn masjid komuniti bangladesh. Mulanya rasa macam saya ni lagi bagus sebab saya ni dari Malaysia.

Di situ ada seorang pakcik yg selalu solat di saf depan. Tapi lepas imam bagi salam terus dia bangun dan pergi bersandar di dinding belakang. Kalau di Malaysia ini dikira tak berapa nak cantik. At least saya duduk tunggu imam habis baca doa. Terasa macam saya ni lagi bagus.

Ada juga beberapa pakcik yg solat sunat lepas isya, tapi solat sambil duduk. Oleh sebab saya solat berdiri, terasa macam saya ni lagi bagus.

Ada seorang pakcik ni pulak bila keluar masjid, jarang sekali nak tolong tahankan pintu (hold the door) untuk orang belakang. At least saya ni considerate dan selalu hold the door utk org di belakang saya. Rasa macam saya lagi bagus.

Di kelas pengajian agama yg kami pelajar Malaysia selalu hadir, ada seorang brother Chinese dari Hong Kong yg baru join. Sebab saya ni lagi lama join kuliah, rasa macam lagi alim dari dia.

Walhal,

Brother dari Hong Kong tu dah selesai pengajian islam di timur tengah, lebih faqih, dan merendah diri. Semasa kuliah, tok guru kami selalu bertanya pendapat beliau tentang sesuatu hukum.

Pakcik yg tak pernah hold the door tu rupa2nya cacat penglihatan. Saya cuma perasan selepas beberapa bulan.

Pakcik2 yg solat duduk tu, sebenarnya mereka solat sunat witir yg terakhir. Sebelum witir mereka solat sunat selepas isya 4 rakaat (mazhab Hanafi), dan sebelum isya 4 rakaat, berdiri. Konsisten solat sunat 11 rakaat setiap mlm, walaupun sudah berusia. Kalau saya pun mungkin terduduk.

Pakcik yang tersandar di belakang tu sebenarnya memerlukan heater panel di dinding belakang sebab masjid tu memang sejuk semasa winter. Dan dia berada di dalam masjid agak lama. Konsisten setiap hari.

Dan masjid bangladesh itu sebenarnya dulu adalah bangunan gereja yg telah dibeli oleh komuniti bangladesh. Hasil sumbangan ahli komuniti. Yang rata2nya membuka kedai sendiri atau memandu teksi.

Kesemua mereka ini sebenarnya jauh lebih baik dari saya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2YuPM

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.