Hi! Welcome Back and Stay Tune! Denggi Di Pulau Pinang Catat Penurunan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Denggi Di Pulau Pinang Catat Penurunan

Spread the love

GEORGE TOWN – Kes denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan dengan hanya 30 kes dilaporkan bagi minggu ke-8, bermula dari tempoh 19 hingga 25 Feb berbanding 36 kes pada minggu sebelumnya.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata secara kumulatif sebanyak 324 kes denggi dilaporkan sehingga 25 Feb lalu berbanding 1,213 kes bagi tempoh sama tahun lepas dengan penurunan sebanyak 889 kes.

Katanya jumlah kematian akibat demam denggi terus mencatat penurunan dengan hanya empat kematian berbanding sembilan kes bagi tempoh yang sama tahun lalu, iaitu penurunan sebanyak 55 peratus.

“Terdapat lima wabak terkawal dilaporkan di Pulau Pinang iaitu di lokaliti Lebuh Victoria, Lorong Gemang, Bukit Dumbar Permai dan Taman Seri Angsana dari daerah Timur Laut serta Flat Taman Pelangi di daerah Seberang Perai Tengah,” katanya dalam sidang media bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini.

Sementara itu, Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan penularan wabak denggi.

“Untuk tahun ini penyakit denggi telah membunuh empat orang dalam tempoh dua bulan. Terdapat kes yang ibu bapa mati akibat denggi dan meninggalkan anak-anaknya seperti kes di Juru. Ia amat menyayat hati,” katanya.

Terdahulu Lim menyerahkan peruntukan RM100,000 kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr M.Sukumar bagi melaksanakan aktiviti kesedaran denggi antaranya karnival kesedaran denggi, gotong-royong serta promosi kesihatan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzCr50

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.