Pengusiran Ri Jong-Chol: Kaunselor Kedutaan Korea Utara Enggan Komen
PUTRAJAYA: Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song enggan mengulas mengenai pengusiran rakyat negaranya Ri Jong-Chol, yang merupakan salah seorang suspek dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam.
Dia yang sebelum itu hadir di Jabatan Imigresen Putrajaya, dipercayai bagi urusan prosedur pengusiran pulang lelaki berusia 47 tahun itu.
“No comment,” katanya ketika diserbu dan diajukan soalan tentang butiran pertemuannya dengan Jong-Chol, termasuk maklumat berkenaan penerbangan penghantaran pulang Jong-Chol bersama keluarganya.
BACA: Waran tangkap terhadap Kim Uk-il bantu siasatan kes pembunuhan – Khalid
BACA: Ketua Polis Negara sangkal dakwaan Kim Chol meninggal kerana serangan jantung
Selain itu petugas media tempatan dan luar negara yang berada di kompleks jabatan itu sejak awal pagi turut bertanya sama ada Kedutaan Korea Utara akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut.
Namun beliau hanya menjawab, “we are too busy right now.”
Beliau diekori dan berterusan diajukan soalan, namun terus berdiam diri sehingga memasuki keretanya yang menunggu di ruang parkir terbuka berdekatan dan berlalu pergi.
Yu-Song tiba kira-kira jam 10 pagi dan berada di bangunan jabatan tersebut selama hampir dua jam.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mltjjJ✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment