Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKNP Waspada Nanti Kunjungan Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKNP Waspada Nanti Kunjungan Sabah

KETUA Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim (kanan). – Foto Abdullah Yusof

IPOH: “Kami budak baru belajar dan sebagai pendatang baru dalam Liga Perdana, setiap perlawanan adalah cabaran dan proses pembelajaran.”

Demikian kata jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim mengenai perlawanan pasukan itu dengan skuad Badak, Sabah di Ipoh, malam ini. 

Biarpun lawan berlegar di kelompok bawahan liga ketika ini, Bakar tidak sekali-kali memandang mudah perlawanan berkenaan.

“Jangan anggap mudah perlawanan ini. Sabah ketika ini lebih merbahaya kerana sedang terdesak memburu kemenangan untuk memperbaiki kedudukan. 

“Pemain PKNP FC membuat kesilapan besar jika bersikap terlalu yakin dan bermain sambil lewa malam ini.  Jangan termasuk perangkap mereka,” kata Abu Bakar. 

Walaupun Bakar bersikap merendah diri tetapi hakikatnya pasukan konglomerat itu semakin disegani itu serta mula membuka mata pencabar dengan kejutan dilakukan termasuk mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menyingkir Kelantan melalui penentuan sepakan penalti.   

Kecuali kekalahan di tangan pendahulu, Negeri Sembilan di Paroi, anak buah Bakar tidak kalah dalam empat perlawanan.   

Pencapaian terakhirnya ialah mengikat Johor Darul Ta’zim II 1-1 di Pasir Gudang untuk mengutip mata ke-14, Selasa lalu. 

Begitupun, sedikit membimbangkan Abu Bakar ialah sama ada anak buahnya mampu mengekalkan tempo kerana diulit keletihan kerana mereka baru tiba dari Johor kelmarin. 

Selain itu Bakar menghadapi dilema kekurangan pemain kerana kecederaan dan penggantungan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lAdQYM

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.