Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ugut Ada Bom, Buruh Dipenjara Lapan Bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ugut Ada Bom, Buruh Dipenjara Lapan Bulan

Spread the love

BATU GAJAH – Seorang buruh dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan mengancam ada bom di tempat awam di Bota Kiri, Bota, 31km dari sini, Sabtu lepas.

Majistret Mohd Fitri Sadarudin memerintahkan Faizal Yeop Idris, 30, menjalani hukuman penjara mulai tarikh tangkapan pada 25 Feb lepas.

Mengikut kertas pertuduhan, Faizal didakwa mengugut yang boleh mendatangkan khianat awam dengan kata-kata ugutan ‘ada bom…ada bom’ di lampu isyarat simpang empat dekat Bota Kiri, pada pukul 11.15 pagi.

Lokasi kejadian merupakan laluan peringkat keempat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang berlaku kira-kira 15 minit selepas kelompok pelumba terakhir melalui kawasan tersebut.

Pada hari kejadian, tertuduh meninggalkan kereta Mercedez Benz yang dipandunya di persimpangan tersebut dan menjerit kepada orang ramai bahawa terdapat bom di dalam kereta itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain.

Dia didakwa mengikut Sekyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala tertuduh diwakili Hennie Soraya Hanafi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Terdahulu, Hennie Soraya berkata tertuduh memohon maaf atas kesilapannya dan berharap mahkamah hanya mengenakan hukuman denda.

Nurul Qistina pula memohon agar mahkamah mengenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh serta orang awam supaya tidak bermain dengan perkara sedemikian.

“Tindakan tertuduh ini juga telah menyusahkan banyak pihak termasuk Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman dan Pulau Pinang yang datang ke lokasi kejadian,” katanya.

Selain itu, katanya, tertuduh mempunyai rekod lampau iaitu jenayah pada 2007 dan kes dadah pada 2014.

Pemeriksaan Unit Pemusnah Bom PDRM kemudiannya mendapati tidak terdapat sebarang bom atau bahan kimia di dalam kereta itu tetapi sekadar sebilah parang. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGcAnI

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.