Landasan Lapangan Terbang Sandakan Dipanjangkan
Spread the love
SANDAKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat penerbangan terus dan sewa dari China mendarat.
Perdana Menteri berkata pada masa ini pengurusan nilai sedang dilakukan untuk menentukan harga kontrak.
“Saya sudah minta Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) menentukan harga kontrak dan minta disegerakan.
“Saya bercadang melancarkan projek ini dalam lawatan ke Sandakan akan datang,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan mesra di Harbour Square Sandakan, di sini.
Najib berkata melalui projek ini, ia akan membolehkan penerbangan terus menggunakan pesawat lebih besar seperti Airbus 330 untuk mendarat.
Katanya penerbangan terus atau sewa dari negara China boleh mendarat di Lapangan Terbang Sandakan.
“Kita tidak menyentuh bangunan terminal dan bagi segerakan projek ini maka kita beri tumpuan kepada kontrak memanjangkan landasan,” katanya.
Perdana menteri percaya ini akan memberikan banyak impak kepada ekonomi di Sandakan.
Katanya ramai pelancong dan pelawat akan datang ke Sandakan yang membolehkan daerah ini akan lebih maju pada masa akan datang. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment