Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lexus NX 200t Edisi Istimewa Kini Di Malaysia – Lebih Sporty, Kekemasan Hitam, Harga Dari RM312k - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lexus NX 200t Edisi Istimewa Kini Di Malaysia – Lebih Sporty, Kekemasan Hitam, Harga Dari RM312k

UMW Toyota Motor telah pun mengumumkan penambahan varian bagi model SUV mewah Lexus NX bagi pasaran Malaysia. Dilancarkan sejak tahun 2015 lalu, kini NX telah pun mempunyai enam varian iaitu NX 200t, NX 200t Premium, NX 200t Luxury, NX 200t F Sport, NX 300h dan yang terbaharu NX 200t Edisi Terhad.

Beberapa ciri tambahan telah ditampilkan bagi varian NX Edisi Istimewa ini, termasuklah bahagian hadapannya yang menampilkan sedikit kelainan dengan padanan lampu utama dan lampu kabus LED baharu bagi pencahayaan yang lebih baik. Malah ia turut didatangkan dengan pintu belakang berkuasa, bumbung matahari panoramik dan juga kad kunci pintar.

Untuk menampakkan kelainan berbanding varian lain, NX Edisi Istimewa ini turut menampilkan tema hitam bagi memberikan imej yang lebih agresif termasuklah kekemasan lapisan filem gelap, rim aloi 18-inci berwarna hitam dengan rekaan baharu, gril spindle dan perumah cermin sisi yang juga dilatari warna hitam.

Bagi barisan NX 2017, turut menerima beberapa peningkatan termasuklah lampu utama LED berbentuk-L yang menggantikan unit pencahayaan kombinasi LED/halogen. Manakala lampu kabus LED juga telah dipasang di bahagian sudut bawah dan ia secara automatik turut bertindak menghala ke arah suluhan kenderaan bagi tambahan jarak penglihatan. Ia juga dipadankan dengan roda rekaan baharu lima-jejari bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar 225/60R18.

Selain itu, pengesan hujan, pintu belakang berkuasa dan kad kunci pintar turut ditambah pada model versi 2017. Seperti mana varian NX 200t Edisi Istimewa, varian NX 200t, dan F Sport turut dilengkapi dengan bumbung matahari.

Seperti mana varian NX 200t yang lain, NX 200t Edisi Istimewa ini turut dijanakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder VVT dengan padanan kotak gear automatik enam-kelajuan. Penjana kuasa ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 235 hp pada takat 4,800 rpm dan tork 350 Nm pada takat 1,650 rpm.

Semua varian NX (termasuk NX 200t Edisi Istimewa) kini boleh didapati dengan lima pilihan warna iaitu Sonic Quartz, Platinum Silver, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake, dan Red Mica Crystal Shine. Dan tambahan warna Lava Orange Crystal Shine dan Heat Blue hanya untuk NX 200t F Sport.

Harga yang ditawarkan bagi NX 200t Edisi Istimewa ini ialah RM311,900. Manakala barisan lain NX 2017 pula ialah RM309,900 (NX 200t), RM340,800 (NX 200t Premium), RM361,900 (NX 200t Luxury), RM387,900 (NX 200t F SPORT) dan RM397,800 (NX 300h). Kesemuanya adalah harga atas jalan tanpa insurans. Ia juga dilengkapi dengan waranti pengeluar komprehensif selama lima-tahun tanpa perbatuan terhad. Manakala varian NX 300h menerima tambahan bagi program waranti lapan-tahun untuk pek bateri hibrid.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGtPp1

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.