Hi! Welcome Back and Stay Tune! 126 pelajar Malaysia tiada visa ditahan di Mesir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

126 pelajar Malaysia tiada visa ditahan di Mesir

KUALA LUMPUR: Seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz di A Sharqia, Mesir ditahan polis negara itu pada 27 Februari lalu berhubung kesalahan visa pelajar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mohd Husaini Zainuddin berkata, pelajar berusia 10 hingga 22 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki visa belajar yang sah atau tamat tempoh.

“Mereka kemudian dibawa ke Pusat Latihan Pasukan Polis Wilayah A1 Sharqia untuk diambil keterangan dan berada di bawah pengawasan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, pada 28 Februari lalu, pihak National Security Service (NSS) Mesir memutuskan 104 daripada mereka akan dihantar pulang dan selebihnya dibebaskan dan kini di bawah pengawasan pihak kedutaan.

Katanya, 104 pelajar itu akan dihantar pulang ke Malaysia secara berperingkat mulai esok.

Husaini berkata, urusan penghantaran pulang mereka diuruskan dengan pihak berkuasa Mesir dan ia dijangka dilakukan dalam 2 kumpulan, pada 4 dan 5 Mac ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya kegagalan maahad tahfiz itu berdaftar dengan Sektor Sekolah Al Azhar menyebabkan pihak berkuasa Mesir tidak memberi visa kepada kumpulan pelajar berkenaan.

“Pihak kedutaan menekankan kepentingan maahad tahfiz untuk berdaftar secara sah dengan Sektor Sekolah Al Azhar bagi membolehkan pelajar MTMA diberikan visa sah oleh pihak berkuasa Mesir,” katanya.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

The post 126 pelajar Malaysia tiada visa ditahan di Mesir appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mNtP7I

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.