Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKS Malaysia Digesa Guna Pakai Platform E-Dagang Perkukuh Eksport - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKS Malaysia Digesa Guna Pakai Platform E-Dagang Perkukuh Eksport

Spread the love

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menggesa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengguna pakai platform e-dagang bagi mengukuhkan eksport mereka.

Beliau berkata e-dagang dijangka berkembang pada kadar hampir 20 peratus menjelang 2020 dan Malaysia boleh mengatasi sasaran itu.

“Kita mahu meningkatkan penggunaan e-dagang. Tumpuan kita adalah untuk menarik PKS menyertai platform e-dagang kerana ia telah menjadi hampir wajib bagi setiap perniagaan untuk menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hab e-Fulfillment serantau baharu Zalora, destinasi fesyen dalam talian Asia, di sini, hari ini.

Hab itu merangkumi kawasan seluas 470,000 kaki persegi dan merupakan satu daripada rumah gudang terbesar di rantau ini.

Ia memainkan peranan penting bagi menampung beribu-ribu tempahan setiap hari dan memudahkan pergerakan barangan fesyen sepanjang masa di seluruh lapan pasaran iaitu Singapura, Malaysia, Brunei, Hong Kong, Macau, Taiwan, Indonesia dan Filipina.

Mustapa berkata Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan itu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermula tahun ini dan mempunyai 11 program yang dijalankan oleh agensi relevan.

Dalam ucapannya pada majlis itu beliau berkata dengan peningkatan penembusan Internet dan berjuta-juta pengguna yang mempunyai keupayaan digital di seluruh dunia menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar, ekonomi digital menyediakan peluang baharu kepada perniagaan Malaysia untuk menyediakan kepada pelanggan di seluruh dunia.

Mengulas mengenai majlis hari ini, Mustapa menggesa Zalora, yang menawarkan pelbagai koleksi jenama dan rekaan tempatan dan antarabangsa utama, untuk mendapatkan lebih banyak produk Malaysia bagi perniagaan mereka untuk pasaran ASEAN dalam usaha membangunkan jenama tempatan.

Beliau berkata Malaysia mengalu-alukan kehadiran Zalora di Malaysia menerusi kerjasamanya dengan YCH Logistics Sdn Bhd dengan pelaburan modal RM20 juta. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mAHzpg

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.