Kelantan Sedia Kecewakan T-Team
KOTA BHARU: Selepas meraih tiga mata di Ipoh, Rabu lalu dengan menewaskan Perak 4-2, Kelantan bertekad terus melebarkan kemenangan apabila menyambut kunjungan T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, esok.
ZAHASMI Ismail. – Foto Syamsi Suhaimi
Sehubungan itu, pengendali Kelantan Zahasmi Ismail, mahu pemainnya meneruskan usaha mengekalkan prestasi konsisten seperti dipamerkan dalam enam perlawanan Liga Super termasuk tiga kemenangan di tempat lawan.
“Saya mahu semua pemain bangkit. Lupakan episod kekalahan dan teruskan fokus serta keyakinan untuk mencipta kemenangan apabila bertemu Perak di laman sendiri esok.
“Saya bersyukur kita berpeluang meraikan kemenangan selepas tiga kali diaibkan lawan di depan penyokong sendiri malah masih mampu meraih tiga mata berharga walaupun bermain di tempat lawan.
“Pemain mula menemui rentak dan persefahaman serta ada ramuan tersendiri untuk mencipta kemenangan keempat. Saya harap pemain dapat fokus dan meningkatkan ketahanan sepanjang 90 minit perlawanan nanti,” katanya kepada BH Online.
Ditanya mengenai sumbangan Muhammad Ghaddar yang menjaringkan tiga gol Kelantan setakat ini, Zahasmi berkata, pemain sudah berjaya membuktikan sentuhannya masih berbisa.
“Beliau (Ghaddar) direhatkan dalam dua perlawanan lalu dan kini kembali pulih dari kecederaan.
“Namun secara keseluruhan semua pemain termasuk penjaga gol muda (Mohamad Ramdhan Abd Hamid) yang beraksi juga tetap memikul tugas mereka dengan baik walaupun terpaksa bekerja keras untuk memastikan prestasi mereka berada pada tahap yang terbaik,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mTuGTt✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment