Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Dedah Kisah Shafie Apdal Minta Jadi Ketua Menteri Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Dedah Kisah Shafie Apdal Minta Jadi Ketua Menteri Sabah

Spread the love

KOTA KINABALU – Akhirnya terbongkar cerita sebenar mengenai punca bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan keluar parti dan menubuhkan parti sendiri.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, rupa-rupanya Ahli Parlimen Semporna itu pernah datang berjumpa beliau sendiri untuk meminta agar dirinya itu pula dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) mendedahkan hal ini ketika berucap dalam majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi di Sandakan dekat sini pada Jumaat.

Beliau dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah bagaimanapun menyifatkan permintaan itu tidak wajar malah tidak boleh diterima kerana ia membuktikan Shafie mempunyai cita-cita peribadi melebihi kepentingan parti dan rakyat.

“Saya tahulah mengenai isu ini kerana dia pernah datang jumpa saya beritahu mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. Ini sudah cita-cita peribadi, pada saya cita-cita peribadi tidak boleh melebihi perjuangan rakyat.

“Kita menubuhkan sebuah parti yang murni dan mempunyai idealisme untuk memajukan rakyat, ini tiada kena mengena dengan hasrat peribadi mana-mana individu,” kata Najib.

Desas desus yang mendakwa Shafie bercita-untuk untuk jadi Ketua Menteri Sabah sudah lama berlegar.

Pendedahan oleh Perdana Menteri itu mengesahkan beliau berhajat hendak duduk pada jawatan yang kini disandang oleh Datuk Seri Musa Aman.

Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Semporna kini mengetuai Parti Warisan Sabah.

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lkMryN

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.