Lelaki Berusia 50 Tahun Maut Ditimpa 6 Tan Koleksi Majalah Lucah
JEPUN – Seorang lelaki yang memiliki enam tan koleksi majalah lucah maut ditimpa koleksinya itu, lapor Mirror.
Mayat mangsa berusia 50 tahun itu hanya ditemui di bawah timbunan majalah lucah itu setelah enam bulan kemudian apabila tuan tanah bangunan flat itu datang memeriksa mengapa penyewanya itu tidak membayar sewa rumah.
Kematian mangsa itu didedahkan salah seorang tukang pembersihan yang mana syarikatnya telah diberikan tugas untuk membuang dan menghapuskan majalah-majalah berkenaan agar tidak disedari oleh jiran-jiran berhampiran dan juga bagi menutup aib keluarga mangsa.
Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Joji, bekas pembuat kereta, ditemui mati di bawah timbunan majalah berkenaan.
“Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung, atau terjatuh ke timbunan koleksi majalahnya atau ditimpa majalah tersebut.
“Hampir keseluruhan rumahnya dipenuhi dengan majalah itu. Di atas meja, di rak buku dan di mana-mana sahaja.
“Terdapat juga keratan gambar dari sebahagian majalah yang digemari mangsa dan majalah utamanya dibuang,” katanya. – The Reporter
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment