Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahmad Rancang Perubahan Jika Teraju CAF - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahmad Rancang Perubahan Jika Teraju CAF

Ahmad Ahmad. – Foto sports.yahoo.com

ABUJA, Nigeria: Ahmad Ahmad menegaskan dia boleh membawa perubahan bermakna kepada bola sepak Afrika jika menggantikan Issa Hayatou sebagai Presiden Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Ahmad, ahli jawatankuasa eksekutif CAF dan ketua persekutuan bola sepak Madagascar, membuat lawatan ke Nigeria sebagai sokongan dalam pemilihan presiden CAF yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mac di Addis Ababa, Ethiopia.

“Saya rasa banyak perkara perlu berubah dalam bola sepak Afrika,” kata Ahmad kepada pemberita di sini.

“Kita perlu berubah dalam mutu pengadilan, cara kita melatih jurulatih. Kita tidak boleh menganjurkan kursus lesen kejurulatihan dalam tempoh 15, 10 hari.

“Sijil berkenaan hanya untuk membantu anda mendapatkan kerja. Pembangunan teknikal mesti berubah.”

Beliau juga mendedahkan bahawa beberapa rakan dalam CAF menggesanya untuk merebut jawatan berkenaan.

“Ia bukan cita-cita saya untuk menjadi Presiden CAF, tetapi rakan-rakan seperti anda (Presiden Persekutuan Bola Sepak Nigeria, Amaju Pinnick) selepas kongres FIFA di Mexico (tahun lalu) memberitahu saya ia adalah masa untuk perubahan,” kata Ahmah.

“Beberapa individu sebelum ini sudah mencuba (untuk menjatuhkan Hayatou), tetapi mereka gagal.” – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2myOmzU

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.