5 Manfaat Buah Bidara Yang Anda Perlu Ketahui
Daun buah bidara yang masih muda boleh dimakan dengan cara diolah menjadi sayur. Sementara itu, daun Bidara yang telah tua, boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan. Kehebatan lain dari tumbuhan ini adalah untuk digunakan sebagai ubat bagi orang yang tengah sakit demam dengan cara menggunakan daun Bidara untuk mandi.
5 Manfaat Buah Bidara Yang Anda Perlu Ketahui
Berikut adalah beberapa manfaat buah bidara yang anda perlu ketahui:
1. Mengandungi banyak antioksida
Kandungan manfaat antioksidan di dalam buah bidara baik untuk mencegah datangnya radikal bebas. Radikal bebas merupakan penyebab penyakit yang boleh datang dari mana saja termasuk dari udara yang kita hirup sehari-hari.
2. Mengatasi gangguan mulut
Masalah gusi berdarah, bibir pecah- pecah merupakan beberapa jenis gangguan mulut yang boleh disebabkan oleh banyak hal di mana salah satunya adalah kurang menjaga kebersihan mulut. Daun dari buah bidara boleh digunakan untuk mengatasi pelbagai gangguan mulut tersebut.
3. Merawat luka
Daun bidara mempunyai kandungan antiseptik sehingga sesuai digunakan untuk merawat luka samada luka yang telah lama mahupun luka baru.
4. Mengatasi masalah kewanitaan
Bagi anda yang mengalami keputihan, haid yang tidak lancar dan lain-lain, maka penggunaan daun bidara sesuai digunakan untuk mengatasi pelbagai gangguan tersebut.
5. Mempunyai banyak kandungan mineral
Daun bidara mengandungi banyak mineral yang berguna dalam merawat kesihatan tulang dan kesihatan gigi.
Semoga bermanfaat!
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment