Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Maza setuju cadangan pindaan RUU355 PAS, tetapi mempunyai pandangan sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Maza setuju cadangan pindaan RUU355 PAS, tetapi mempunyai pandangan sendiri

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menganggap isu debatnnya dengan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin tidak lagi berbangkit, selepas pertemuan empat mata di Kangar pagi tadi.

Khairuddin berkata, Asri menjelaskan bersetuju dengan cadangan pindaan PAS tetapi “mempunyai pandangan tersendiri berhubung cadangan pindaan lain”, lapor BH.

Di tengah-tengah kehangatan isu debat kedua-dua pihak, Khairuddin hari ini mengunjungi Asri di rumahnya di Kangar – pertemuan yang digambarkan penuh mesra.

Isu itu bermula apabila Khairuddin dalam ceramah di Kelantan kira-kira tiga minggu lalu mengkritik Asri sebagai “pening” kerana tidak sependapat dalam itu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Anggota parlimen Kuala Nerus juga berkata kepala mufti patut “disekeh” jika beranggapan undang-undang itu, yang juga dikenali sebagai Akta 355, tidak wajib dipinda.

Khairuddin mencabar sesiapa sahaja berdepan dengannya. Asri bagaimanapun menolak debat itu dan memilih Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berkongsi pentas dengannya.

Sementara itu, mengulas kenyataannya yang mahu “menyekeh” kepada mufti jika beranggapan pindaan akta itu tidak wajib, Khairuddin berkata perkataan itu hanyalah “bidalan” bagi orang Terengganu.

“Saya berceramah pada 12 Februari lalu di Kelantan dan sehari selepas itu, Dr Asri menghantar mesej peribadi menerusi WhatsApp kepada saya menjelaskan pendirian beliau dalam isu pindaan Akta 355…

“Saya beritahu kepada beliau `saya sayang anta (awak) kerana Allah… kemudian klip video itu mula disebarkan pada 26 Februari lalu’,” beliau dipetik sebagai berkata.

Asri sebelum ini menjelaskan beliau menolak sikap kafir mengafir, memaki hamun atau melemparkan pelbagai gelaran kepada pihak yang tidak sependapat dengan cadangan pindaan PAS.

Beliau juga berkata bercakap soal keutamaan lain berbanding pindaan akta itu, seperti menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam.

 

Sumber :
– http://ift.tt/2mi4RPY

The post Dr Maza setuju cadangan pindaan RUU355 PAS, tetapi mempunyai pandangan sendiri appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lBokan

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.