Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Taktik Ini Sering Digunakan Oleh Pencuri Untuk Mencuri Kenderaan Bermotor, Elak Dari Ianya Berlaku Dengan Langkah Pencegahan Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Taktik Ini Sering Digunakan Oleh Pencuri Untuk Mencuri Kenderaan Bermotor, Elak Dari Ianya Berlaku Dengan Langkah Pencegahan Ini

Kes kecurian kereta bukanlah satu jenayah yang baru, ada ketikanya boleh berlaku sekelip mata sahaja, walau pun meninggalkan kereta seketika. Sama ada pergi beli barang di kedai runcit, ketika mengisi angin kereta, atau pun di hadapan rumah.

BACA: Tip Keselamatan Ini Boleh Dilakukan Untuk Mengelakkan Kenderaan Anda Dari Mudah Untuk Dicuri

Insiden sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, dan tidak kenal jenis kenderaan tersebut juga. Apa yang boleh dijadikan modal, atau duit, mungkin itu yang dijadikan sasaran buat penjenayah.

Terdapat banyak taktik, atau cara yang boleh dilakukan penjenayah dalam mencuri kenderaan, dan menurut perkongsian dari laman Polis KL terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pencuri untuk mencuri kenderaan bermotor ini.

Mari kita lihat apakah kaedah yang mereka sering gunakan.

TIPS KESELAMATAN PENCEGAHAN KECURIAN KENDERAAN

Pada kali ini Jabatan Siasatan Jenayah D4 mengongsikan tips mencegah kecurian kenderaan daripada berlaku. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pencuri untuk mencuri kenderaan bermotor termasuklah:

1. Kecurian kenderaan yang tidak diawasi tanpa kunci
Kenderaan yang diparkir dicuri sama ada dengan memecah masuk kenderaan diikuti dengan pendawaian panas (memintas pendawaian suis penghidup) untuk menghidupkan enjin, ataupun dengan menunda kenderaan tersebut.
2. Kecurian dengan capaian kunci
Juga dikenali sebagai “Diambil Tanpa Kebenaran Pemilik”. Penggunaan kenderaan yang tidak dibenarkan di mana pemilik membenarkan pemandu menyimpan kunci. Biasanya kes ini melibatkan anak atau pekerja kepada pemilik kenderaan yang mana, dalam beberapa keadaan, dibenarkan untuk menggunakan kenderaan.
3. Kecurian oportunis
Kecurian kenderaan yang pemiliknya meninggalkan kunci pada kenderaan tanpa pengawasan, ada kalanya dengan enjin masih lagi hidup.
4. Rampasan kereta
Merujuk kepada pengambilan kenderaan dengan menggunakan kekerasan atau paksaan terhadap pemandu atau pemiliknya. Di kebanyakan tempat, ia merupakan satu bentuk jenayah berat kerana melibatkan serangan. Dalam beberapa rampasan kereta, pemandu dan penumpangnya dipaksa keluar dari kenderaan sementara pencuri itu memandunya sendiri ke tempat lain, sementara dalam insiden lain pula pemandu serta penumpang dipaksa tinggal di dalam kenderaan sebagai tebusan. 
Dalam beberapa kes curi kenderaan yang jarang berlaku pula, pemandu dipaksa memandu ke tempat yang diarahkan oleh penyerang. Kaedah ini digunakan apabila penyerang tidah tahu mengendalikan kenderaan pilihan (seperti helikopter atau kapal terbang).
5. Kecurian penyelewengan
Pemilikan kenderaan haram daripada pemandu melalui pemindahan wang palsu yang mana penjualnya tidak akan memperolehinya (seperti kecurian identiti ataupun penggunaan cek tak laku). Kebanyakan kenderaan yang dicuri menggunakan kaedah ini dijual seberapa segera
Langkah Pencegahan
Pihak PDRM juga telah mengariskan beberapa langkah pencegahan bagi mengelakan kecurian kenderaan ini berlaku. Antaranya termasuklah halangan fizikal, yang menjadikan cubaan mencuri lebih sukar. Seperti :
a. Menggunakan peranti yang mengunci bahagian kenderaan yang diperlukan untuk mengendalikannya, seperti roda, stereng atau injak brek.
b. Memasang pelumpuh yang hanya membenarkan kenderaan dihidupkan apabila kunci dengan cip yang betul berada dalam slot kunci penyalaan.
c. Jangan terlalu bercerita tentang spesifikasi kenderaan anda kepada pihak umum yang tidak dikenali atau baru dikenali, seperti meletakkan gambar kenderaan anda luar dan dalam serta spesifikasi kenderaan anda di dalam Facebook
Kurang Peluang Kecurian Dengan Alat Pencegah
Peluang berlaku kecurian juga boleh dikurangkan dengan menggunakan pelbagai alat pencegah, yang berupaya memberi impresi kepada pencuri bahawa dia akan ditangkap dengan mudah sekiranya kenderaan dicuri, antaranya termasuklah:
a. Sistem penggera kereta yang diaktifkan apabila kenderaan dipecah masuk
b. Memasang suis pemati enjin untuk menyusahkan pencuri untuk menghidupkan enjin. Suis tersebut boleh dipasang di bahagian penting sistem penyalaan ataupun sistem bahan api. Kereta tidak boleh dihidupkan selagi suis pemati enjin tersebut belum dihidupkan. Ada juga pemilik kenderaan yang menyembunyikan suis pemati enjin di kawasan tersembunyi seperti di bawah papan pemuka, di bawah kerusi, dsb.
c. Menggores nombor siri kenderaan (VIN) pada cermin kereta.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2myYU1O

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.