Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO Kaji Semula Kerjasama Dengan Parti Politik Korea Utara – Ku Nan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO Kaji Semula Kerjasama Dengan Parti Politik Korea Utara – Ku Nan

PUTRAJAYA: UMNO akan mengkaji semula kerjasama yang dijalinkan dengan parti politik Korea Utara, Workers Party of North Korea (WPK), rentetan perkembangan hubungan dua hala ekoran kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam di Malaysia.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara ini akan dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam masa terdekat untuk dibincangkan mengenai jalinan kerjasama itu.

“Kami akan kaji semula kerjasama itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan bangunan tambahan Surau dan Ihtifal Thanawi di Surau Al-Iman, Presint 9 di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status memorandum persefahaman UMNO dan WPK yang ditandangani pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 ekoran kes pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga meminta Kementerian Luar mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara susulan kenyataan biadap dikeluarkan oleh Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol berhubung kes pembunuhan Jong-nam.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGKmZZ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.