Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Mereka 'Menari Dalam Bulatan'?: Video Aneh Ayam Belanda Kelilingi Kucing Mati Jadi Viral - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Mereka 'Menari Dalam Bulatan'?: Video Aneh Ayam Belanda Kelilingi Kucing Mati Jadi Viral

Satu video aneh misteri yang merakamkan sekumpulan ayam belanda berjalan mengelilingi seekor kucing mati telah menjadi viral.

Video yang dimuat naik di Twitter itu memaparkan haiwan-haiwan itu mengelilingi bangkai kucing tersebut dalam bulatan yang hampir sempurna.

Pengguna Twitter @TheRreal_JDavis menulis: “Ini adalah perkara yang paling gila pernah saya nampak”.

Kejadian aneh yang dirakam di Boston itu bukan sahaja menimbulkan tanda tanya orang ramai, malah turut menyebabkan pakar menjadi kelu.

Debra Kriensky, seorang pakar biologi di New York City Audobon memberitahu New York Post: “Perbuatan mengelilingi sedemikian adalah biasa bagi ayam belanda – si jantan biasanya akan mengelilingi betina apabila bersedia untuk mengawan – tetapi ianya sesuatu yang aneh apabila melihat banyak ayam ini mengelilingi benda lain sebagai contoh, kucing mati”

Alan Kraukauer, pakar biologi dari University of California memberitahu The Verge bahawa haiwan itu mungkin sedang melakukan pemeriksaan pemangsa ‘yang aneh’.

Menurut beliau, dia pernah melihat haiwan tersebut melakukan perkara yang sama dengan seekor coyote.

Bagaimanapun, kucing boleh dikatakan tidak berbahaya kepada ayam belanda dan Krakauer menambah: “Mungkin mereka sedang menunggu untuk melihat kucing itu bangun?”

Video berdurasi 24 saat itu telah menerima 40,000 retweet dan 60,000 likes seterusnya menimbulkan perasaan ingin tahu netizen.

Namun, tidak pasti bilakah video terbabit dirakam.

Sumber: Mirror

[embedded content]
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2WA1U

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.