Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cub Prix: PETRONAS Yamaha Dapat Sentuhan Ahmad Fuad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cub Prix: PETRONAS Yamaha Dapat Sentuhan Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR: Ahmad Fuad Baharudin bakal mencurahkan ‘ilmu dan pengalaman’ dalam dunia perlumbaan apabila diberi tanggungjawab selaku pengurus dan jurulatih pasukan PETRONAS Yamaha untuk menghadapi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017.

Pada musim baharu yang dijadual membuka tirai di Temerloh, esok dan Ahad ini, juara tiga kali kelas perdana itu bakal membimbing penunggang pasukan berkenaan dalam kelas Wira KBS.

“Pada musim ini, Hong Leong Yamaha mengadakan perbincangan dengan saya untuk membantu menguruskan pasukan PETRONAS Yamaha,” kata Ahmad Fuad.

“Pasukan ini ditubuhkan sebagai kesinambungan kepada perlumbaan satu pengeluar Super Siri PETRONAS Yamaha. Objektif ini selari dengan semangat saya sendiri iaitu untuk membimbing dan melahirkan penunggang muda berbakat.”

Musim ini, Fuad membimbing tiga penunggang di bawah pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-AFB Tech iaitu Md Aiman Tahiruddin, Md Danial Shyahmi A Shahril dan Md Alif Ashraf Tahiruddin.

“Satu perkara yang jelas, penunggang muda ini akan akan beralih ke kategori lain atau bersama pasukan lain suatu hari ini. Itu adalah lumrah. Tetapi sebagai jurulatih, kita cuba curahkan segala ilmu dan pengalaman yang ada supaya mereka menunjukkan peningkatan.

“Malah musim ini, beberapa penunggang yang pernah saya bimbing suatu ketika dulu beralih ke kategori utama. Contohnya, Mohd Helmi Azman menandatangani kontrak bersama pasukan Onexox TKKR Racing dalam kelas CP150.

“Mohd Iqbal Amri Abd Malek juga melangkah ke kelas perdana manakala Mohd Fareez Afeez juga menerima tawaran pasukan lain untuk beraksi dalam kelas CP115.”

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mA7PQJ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.