Lelaki Lompat Atas Bonet Kereta Selepas Sedar Sudah Tidak Punyai Masa Untuk Mengelak Dari Dilanggar
Selepas menyedari dia tiada masa untuk mengelak, tindakan pantas dari lelaki dari daerah Yinzhou, Bingbo City melompat atas bonet kereta berjaya menyelamatkannya dari mengalami luka parah akibat dilanggar.
Dalam kejadian pada 20 Februari itu, lelaki berkenaan sedang berjalan di lintasan zebra sebelum sebuah kereta memacu laju ke arahnya.
Dia, yang pada awalnya kelihatan tenang, terkejut besar apabila melihat kenderaan itu sudah berada di jarak yang hampir.
Menurut Shanghaidaily, lelaki terbabit menyangka kereta terbabit akan memperlahankan kelajuan untuk memberi ruang kepadanya melintas. Namun sangkaan itu meleset sama sekali.
Ketika kereta berkenaan sudah berada beberapa meter darinya, dia sedar yang dia hanya mempunyai satu pilihan – melompat ke atas bonet. Hasilnya, dia hanya mengalami luka ringan sahaja.
Polis berkata pemandu kereta berkenaan didapati bersalah kerana tidak memperlahankan kenderaan di lintasan zebra bagi memberi laluan kepada pejalan kaki melintas.
Sumber: Shanghaidaily
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lCLj4B✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment