FIFA Hantar Laporan Siasatan Dakwaan Rasuah
GENEVA: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menghantar laporan siasatan dalaman berkenaan dakwaan rasuah setebal 1,300 muka surat kepada Peguam Negara Switzerland.
Bagaimanapun FIFA hari ini berkata, mereka tidak dibenarkan untuk menyiarkan laporan penuh itu atau mengulas berkenaan bukti atau membuat kesimpulan.
Dokumen itu melengkapkan siasatan selama 22 bulan oleh firma guaman Quinn Emanuel, yang mendedahkan salah laku dalam bola sepak pada Mei 2015.
“FIFA memahami dan bersetuju yang laporan itu akan diberikan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat,” kata FIFA dalam satu kenyataan.
Bekas presiden FIFA, Sepp Blatter dan bekas orang kanannya, Jerome Valcke pernah disyaki terbabit dalam urusan mencurigakan pada September 2015, dan kemudiannya digantung oleh jawatankuasa etika badan induk itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada laporan terbaru ini akan mengaitkan pegawai-pegawai tinggi lain dalam FIFA atau ahli gabungannya. – AP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oHtTWH✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment