Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan
Jawapan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong bahawa kerajaan tidak mampu menurunkan harga barang amat mengejutkan.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia juga menunjukkan kerajaan tidak serius menangani beban kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat.
“Henry sendiri mengakui bahawa harga barang tidak dapat diturunkan disebabkan kenaikan kos yang terpaksa ditanggung peniaga-peniaga.
“Beliau turut menjelaskan kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan dan kerajaan tidak boleh menurunkan harga kerana kerajaan mengambil kira margin keuntungan peniaga, peningkatan kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung peniaga serta kejatuhan mata wang ringgit sebagai antara faktor, ” katanya, hari ini.
Selain itu, kata Shamsul Iskandar, beliau juga telah bertanya di Dewan Rakyat mengenai persediaan kerajaan untuk menyediakan satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) khas menangani kos sara hidup.
Namun, katanya, Henry hanya menjawab satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menangani kos sara hidup yang diketuai Timbalan Perdana Menteri.
“Sehingga kini tiada satu laporan oleh jawatankuasa itu untuk dibentangkan dan rakyat tidak mengetahui sebarang keputusan yang telah dicapai,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan membanteras kenaikan harga barang dengan memperketatkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
“Ini supaya tindakan drastik dapat diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya
“Penubuhan jawatankuasa tidak boleh menangani kos sara hidup tanpa satu laporan dibentangkan kepada rakyat,” katanya.
The post Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oitdup✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment