Mengandung 5 Bulan Tak Halang Vollmer Bertanding
PEMENANG lima kali pingat emas Sukan Olimpik, Dana Vollmer.
LOS ANGELES: Pemenang lima kali pingat emas Sukan Olimpik, Dana Vollmer tidak akan memperlahankan penyertaannya dalam kejohanan meskipun sedang mengandung.
Perenang berusia 29 tahun dari Amerika Syarikat itu yang dijangka melahirkan anak keduanya Julai ini, berkata dia akan menyertai acara gaya bebas 50m di Siri Renang Pri di Mesa, Arizona bulan depan.
Dalam akaun Instagram miliknya, Vollmer berkata: “Mula mengimpikan untuk menyertai kejohanan!!.
“Sudah lama! Jadi saya membuat keputusan untuk menyertai Siri Renang Pro Mesa Arena dan beraksi dalam acara 50 (m) gaya bebas!!”.
Vollmer yang meraih pingat emas termasuk dalam acara individu dalam acara kuak kupu-kupu di London 2012, berehat hampir dua tahun daripada menyertai kejohanan selepas melahirkan anak lelaki pertamanya, Arlen, pada 6 Mac 2015.
Dia kemudiannya kembali menyertai kejohanan dan menjadikan kutipan pingat di Sukan Olimpik peribadinya kepada tujuh di Olimpik Rio tahun lalu.
Ketika itu, dia membantu Amerika Syarikat memenangi pingat emas acara 4x100m berganti-ganti selain perak dan gangsa dalam acara berbeza.
AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oqY4SM✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment