Muhammad Faizul, Syakilla Salni, Olahragawan Dan Olahragawati Selangor
PENERIMA Anugerah Olaragawan, Muhammad Faizul Nasir dari sukan pencak silat (tengah) berkongsi kegembiraan bersama penerima Anugerah Olahragawati Harapan, Nadia Adriana Redza dari sukan renang (kiri) dan penerima Anugerah Olahragawan Harapan, Yeap Zheng Yang dari sukan renang selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor(ASNS) 2015-2016 di Hotel Concorde, Shah Alam. – Foto Muhammad Sulaiman
SHAH ALAM: Atlet pencak silat, Muhammad Faizul Nasir dan atlet karate-do Syakilla Salni Jefrey Krisnan masing-masing dipilih Olahragawan dan Olahragawati Selangor 2015-2016.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyampaikan anugerah berkenaan pada Majlis Anugerah Sukan Selangor 2015-2016 di Hotel Concorde Shah Alam, malam ini.
Mereka menerima hadiah trofi dan wang tunai RM5,000.
Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan kepada atlet akuatik dan renang, Yeap Zheng Yang dan Nadia Adrianna Redza.
Yang turut hadir, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi Majlis Sukan Selangor, Amirudin Shari.
Muhammad Faizul, pemenang pingat emas di Kejohanan Sukan SEA Singapura 2015 adalah atlet pencak silat pertama yang memenangi Anugerah Olahragawan Selangor manakala Syakilla Salni sebelum ini pernah memenangi anugerah sama pada 2014.
Bagaimanapun, Syakilla yang juga Pemenang Pingat Gangsa Liga Perdana Persekutuan Karate Dunia (WKF) di Istanbul tahun lalu tidak hadir pada majlis itu kerana sedang menjalani latihan di luar negara.
Anugerahnya diterima oleh bapa saudaranya, N Nagarajan.
Malam Anugerah Sukan Selangor 2015-2016 juga menyaksikan sukan akuatik dan renang mendominasi penganugerahan apabila Pasukan Renang Selangor serta Marylin Chua Yu Ching masing-masing menerima Anugerah Pasukan Terbaik dan Anugerah Jurulatih Terbaik.
Selain itu, atlet paralimpik Malaysia, iaitu pemenang pingat emas acara lontar peluru di Sukan Paralimpik Rio 2016, Muhammad Ziyad Zolkefli yang kini menjalani latihan di Jerman turut menerima Anugerah Khas.
Info
Anugerah Khas – Muhammad Ziyad Zulkifli
Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan – Adzahar Derani (Angkat Berat)
Anugerah Pasukan Terbaik – Pasukan Renang Selangor
Anugerah Jurulatih Terbaik – Marylin Chua Yu Ching (Akuatik/Renang)
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nnkxOI✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment