Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nedim Tekad Bimbing Nora Hingga Ke Syurga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nedim Tekad Bimbing Nora Hingga Ke Syurga

loading…
loading…
Nedim Tekad Bimbing  Nora Hingga Ke Syurga

Semalam, dengan dua kali lafaz, pelakon jelita Nora Danish sah bergelar isteri kepada kekasihnya Nedim Nazri yang merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, lapor Berita Harian.
Nedim, 34, dalam satu statusnya di laman Instagram berjanji yang dia akan membimbing pelakon jelita itu ke syurga dengan keizinan Yang Maha Esa.
“Hari ini menjadi permulaan kepada kehidupan baharu kita. Saya tidak pernah tersekat-sekat ketika berkata-kata, namun malam tadi saya berdepan dengan hal itu. Ia berlaku kerana saya bertemu mimpi (kamu) yang menjadi nyata. Saya tak mampu menahan air mata daripada terus jatuh. Ia air mata kegembiraan. 
“Saya sentiasa berkata, Allah ialah sebaik-baik perancang dan terpulang kepada-Nya untuk membenarkan dua hati menjadi satu. Dengan izin-Nya, Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui, semua berlaku malam tadi. Dengan anugerah itu pada hari ini, kepada Nora Danish, isteriku, saya berjanji untuk menjadi suami yang bertanggungjawab seperti diimpikan dan mencintai kamu secara mutlak. 
“Saya berjanji untuk membahagiakan kamu dan paling penting dengan restu Allah, insya-Allah saya akan membimbing kamu ke jannah,” tulisnya.

insta1.PNG

Nora dalam satu temebual sebelum itu berkata dia berharap agar perkahwinan keduanya ini akan berkekalan selama-lamanya di mana dia melahirkan rasa bersyukur kerana saat yang dinanti-nantikan ini akhirnya menjadi kenyataan.
Lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, 8, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini berharap semoga kebahagiaan yang baru dikecapinya kini berpanjangan hingga ke syurga.
“Penyatuan ini umpama mimpi menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik ini untuk disatukan dengan belahan jiwa. Harapan saya, semua dapat doakan kebahagiaan kami,” kata Nora.

insta2.PNG

Sebuah gambar dilaman Instagram Nora memaparkan dia memakai baju bertulisan ‘Keep calm. I can’t. I’m the bride’ di baju itu sangat unik dan menggambarkan dirinya kini sudah menjadi milik orang. 

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post Nedim Tekad Bimbing Nora Hingga Ke Syurga appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nTIiBO

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.