Penyokong Kedah Bermalam Di Stadium Darul Aman
SEKUMPULAN penyokong Kedah sanggup bermalam di depan kaunter tiket Stadium Darul Aman bagi memastikan mendapat tiket apabila kaunter dibuka pada jam 9 pagi nanti.- Foto NSTP
ALOR SETAR: Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 100 penyokong tegar Kedah beratur awal bagi mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan suku akhir pertama Piala FA antara pasukan kesayangan mereka menentang PKNP FC malam tadi.
Tinjauan di perkarangan Stadium Darul Aman sebentar tadi, mendapati mereka yang datang dari sekitar negeri ini `berkampung’ di hadapan kaunter jualan tiket bermula kira-kira jam 8 malam.
Cuaca buruk sehingga menyaksikan ramai antara mereka basah kuyup dan kelihatan kesejukan, langsung tidak mematahkan semangat mereka terus berada di situ sehingga kaunter jualan dibuka.
Kaunter jualan tiket di Stadium Darul Aman dijadual hanya mula dibuka jam 9 pagi nanti.
Seorang penyokong, Zulkifli Hashim atau dikenali sebagai nama jolokan ‘Puaka Jerai’ 38, dari Yan berkata dia bersama tujuh rakannya berada di situ kira-kira empat jam lalu.
“Stadium Darul Aman sudah menjadi seperti rumah kami. Tidak kira sama ada hujan atau tidak, saya tetap mahu mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan Kedah pada suku akhir kali ini,” katanya ketika ditemui.
“Pasukan Kedah semakin gah pada kedudukan liga dan ada harapan besar ke final Piala FA musim ini. Jadi ini yang membuatkan saya dan rakan saya bertambah semangat walau kami terpaksa menunggu hingga jam 9 pagi nanti.”
Sementara itu, tinjauan juga mendapati sekumpulan penyokong tegar Kedah dilihat membawa payung di kawasan kaunter jualan manakala sebahagian lagi memasang khemah sementara.
Perlawanan Kedah menentang PKNP di Stadium Darul Aman dijadual bermula jam 9 malam ini. Stadium ini mampu memuatkan kira-kira 25,000 penonton.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nT7msW✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment