Sampdoria Aibkan Inter
PEMAIN Sampdoria, Fabio Quagliarella berjaya melakukan sepakan penalti membolosi gawang Inter Milan pada perlawanan Serie A, awal pagi tadi. – Foto EPA
MILAN: Harapan Inter Milan untuk menyertai kelompok Liga Juara-Juara semakin sukar apabila tewas 1-2 di tangan Sampdoria dalam aksi Serie A di laman sendiri, awal pagi tadi.
Gol menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan oleh Fabio Quagliarella menjadi punca Inter kini berada di tangga keenam liga, sembilan mata di belakang penghuni tangga ketiga Napoli yang berada di posisi terakhir untuk layak ke saingan elit Eropah itu.
Saingan liga ketika ini masih berbaki lapan perlawanan.
Dalam aksi pagi tadi, Inter mendahului permainan pada minit ke-35 menerusi jaringan Danilo D’Ambrosio sebelum Patrik Schick menyamakan kedudukan, lima minit kemudian.
Marcelo Brozovic menjadi punca kepada jaringan penalti lewat permainan yang diraih Sampdoria apabila pemain tengah itu dipersalahkan pengadil.
Quagliarella yang mengambil sepakan penalti itu tidak mensia-siakan peluang apabila merembat kencang menembusi gawang untuk gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-85 permainan.
Kemenangan itu juga menyaksikan Sampdoria merekodkan kemenangan pertama mereka ke atas Inter di San Siro selepas lebih 20 tahun. – AP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nQR4P4✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment