Gagahkan jua biarpun berpantang
Kemunculan Farhan yang menyanyi dalam satu acara yang berlangsung di sebuah hotel di sini, baru-baru ini mengejutkan peminatnya kerana dia masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Souffea Zulaeqha, pada 17 Mac lalu.
Farhan, 32, yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 4 ketika dihubungi berkata, dia sudah mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat persembahan itu.
“Selain sudah mendapat kebenaran daripada doktor yang merawat saya ketika bersalin, saya juga sudah lama berjanji dengan rakan yang menganjur program itu. Saya tetap menjaga pantang dengan berstokin dan pemakanan,” katanya.
Menurut Farhan, penganjur turut menyediakan makanan yang boleh dimakannya memandangkan Farhan masih dalam tempoh berpantang.
“Saya bersalin melalui pembedahan dan saya berpantang dengan menggabungkan cara moden serta tradisional. Saya juga berurut tetapi tidaklah di sekitar perut. Menurut doktor, dalam masa 10 hari pembedahan itu akan pulih sebab itu saya gagahkan diri pergi ke majlis itu kerana tidak mahu menghampakan sahabat saya.
“Lagi pun saya bukannya melompat atau berlari, saya hanya berdiri sambil menyanyi. Menurut nasihat doktor, saya kena banyak berjalan untuk mengelakkan darah beku,” katanya.
Ketika ini Farhan sedang menjalani tempoh berpantang di rumah ibu bapanya di Pandan Indah, Ampang, di sini, dan minggu depan dia akan di rumah mentuanya di Kuantan, Pahang.
Farhan berkata, dia akan kembali aktif bulan depan.
The post Gagahkan jua biarpun berpantang appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n5FN0a✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment