Suami isteri bakar kemaluan remaja rogol anaknya
SEPASANG suami isteri di Nigeria ditangkap kerana didakwa membakar zakar seorang remaja lelaki kerana mengesyaki individu terbabit merogol anak perempuannya yang berusia empat tahun.
Menurut pihak polis negara itu, Atiku Yahaya dan Farida Hamza dilaporkan membayar sekumpulan lelaki muda untuk menculik Ahmad Ibrahim, 17, selepas mengesyakinya merogol anak perempuan mereka pada 24 Mac lalu.
Sekeping foto yang dirakam oleh pihak Hospital Pakar Sokoto memaparkan kesan terbakar pada kemaluan Ahmad dan terdapat parut di kelangkang pahanya akibat perbuatan kejam itu.
Tak cukup dengan itu, difahamkan Ahmad juga dipukul dan dikurung di dalam tandas kediaman pasangan terbabit yang terletak di bandar Sokoto, barat laut Nigeria.
Walau bagaimanapun, pasangan suami isteri itu berjaya ditahan oleh pasukan Pertahanan Awam dan Keselamatan Nigeria pada 25 Mac.
Kor komandan Babangida Abdullahi berkata Ahmad memberikan reaksi positif terhadap rawatan yang diterimanya, manakala pasangan Atiku dan Farida pula akan dihadapkan ke mahkamah.
Ahmad menfikan melakukan perbuatan tersebut manakala ayahnya; Ibrahim Abdullahi turut dipanggil kerana bertindak kasar terhadap pasangan suspek terbabit.
Ibrahim mendakwa salah seorang daripada suspek ada mengancam bunuhnya namun suspek berkenaan menafikan kenyataan itu ketika ditemubual media tempatan negara itu.
Sumber :
– http://ift.tt/1kohVw1
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment