Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 Syarikat Guna Perisian Komputer Cetak Rompak Diserbu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 Syarikat Guna Perisian Komputer Cetak Rompak Diserbu

Spread the love

KLUANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Kluang menyerbu dua syarikat di sini kerana disyaki menggunakan perisian cetak rompak bagi menjalankan perniagaan mereka.

Serbuan melibatkan sebuah syarikat kejuruteraan dan sebuah syarikat reka bentuk dalaman itu masing-masing dilakukan kira-kira 2.30 petang, 22 Feb dan 10 pagi, 23 Feb lepas.

Satu daripada syarikat itu terletak di Kawasan Perindustrian Kluang manakala satu lagi di pusat bandar Kluang.

Ketua Cawangan KPDNKK Kluang, Abdul Wahid Ahmad berkata serbuan dilakukan hasil aduan Business Software Alliance (BSA) yang merupakan pemilik sebenar perisian berkenaan.

Beliau berkata perisian-perisian itu adalah Adobe, Autodesk dan Solidworks.

“Dua komputer dan lima perisian dianggarkan bernilai RM166,000 telah dirampas dalam serbuan pertama.

“Dalam serbuan kedua pula, sebuah lagi komputer bersama tiga perisian turut dirampas yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM41,000,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Abdul Wahid menambah pihaknya tidak melakukan sebarang tangkapan, namun, kedua-dua syarikat berkenaan tidak akan dibenarkan daripada terus menggunakan perisian terbabit.

“Setakat ini, pihak kami masih menyiasat sejak bila kedua-duanya telah menggunakan perisian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(d) Akta Hak Cipta 1987 kerana memiliki perisian cetak rompak dan untuk kegunaan sendiri.

Jika sabit kesalahan, syarikat atau pengarah syarikat boleh didenda maksimum RM20,000 setiap keping perisian cetak rompak atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lW9ezP

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.