Tak kisah jadi penjual sampin walaupun saya ada MBA
Perkara seperti ini bukanlah sebuah perkara yang baru. Sekiranya sebelum ini, kisah seorang lelaki berwarganegara Bangladesh yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Johor Bahru telah jadi tular di laman media sosial di mana lelaki ini telah mengejutkan doktor di klinik tersebut kerana mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai ubat-ubat yang perlu dibeli daripada klinik tersebut dan apabila ditanya oleh doktor itu, lelaki tersebut sebenarnya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang farmasi. Lelaki tersebut terpaksa berhijrah ke Malaysia untuk bekerja sebagai seorang pekerjaan binaan kerana ketiadaan peluang pekerjaan di negara asalnya.
Kali ini, seorang pengguna Facebook, Khairul Azri turut berkongsi pengalaman beliau yang serupa semasa beliau sedang membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu kota baru-baru ini. Baca kisah beliau di bawah:
Tadi petang pegi beli sampin dengan songkok dekat Cosmic Silk sebelah Sogo.
Naik tingkat 5, terkesima jumpa pelayan jual sampin muka macam model. Nama Ziyad Ali.
Duduk Malaysia 2 tahun. Bahasa Melayu fluent tebabom.
Macam biasa, aku yang terlebih ‘friendly’ tanya dia dari mana.
Dia jawab Pakistan, Khyber Pakhtunkhwa to be exact.
Aku tanya, apa kelulusan?
Dia jawab MBA. *Dahla hensem pandai pulak tu.*
Aku macam biasala tanya lagi.. apasal ko datang Malaysia?
Pakistan takde kerja ke?
Dia jawab ada je, sebelum sampai Malaysia, dulu dia kerja telco kat sana.Company besar jugak, MNC.
Aku cakap “Then what are you doing here? Dari kerja exec ada MBA jadi jurujual sampin je kat Malaysia?”
Kami berdua gelak besar.
Kemudian dia senyum dan dia jawab,
“2 years ago,back home, in front of my eyes, my best friend got killed from a bomb attack, i decided to get out of the country. This country is the safest for muslim in my opinion, hence I come here”
Aku cakap kat dia, “Tapi orang Malaysia kata negara ni shit country, tak selamat, sampai ayat bersyukur lah Malaysia makin aman jadi benda buat lawak”.
Dia jawab ringkas je,
“BECAUSE THEY DONT KNOW”.
Kami berdua tersenyum.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lga6eM✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment