Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitch Bakal Mula Menjual Permainan Video Pada Laman Penstriman Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitch Bakal Mula Menjual Permainan Video Pada Laman Penstriman Mereka

Amazon sedia mengambil-alih Twitch sebelum ini, dan kini nampaknya mereka akan mula mengintegrasikan kepakaran e-dagang terus ke dalam Twitch. Twitch akan mula menjual permainan dalam beberapa bulan lagi, sekaligus memperlihatkan evolusi daripada hanya pusat pengumpulan para peminat permainan kepada sebuah hab e-dagang bernilai berbilion ringgit.

Bagi yang tidak mengenali akan Twitch, ia merupakan salah satu laman dan perkhidmatan yang membolehkan pengguna untuk strim permainan, membolehkan pengunjung berinteraksi, dan bertanyakan soalan. Dengan perubahan ini, Twitch akan membolehkan pengunjungnya untuk turut memuat-turun permainan dan penambahan permainan seperti watak, senjata, dan sebagainya.

Twitch akan mudah menjualnya memandangkan kebanyakkan pemain sedia menggunakan penambahan media khusus, selain memudahkan pengunjung akan dapat membelinya terus selepas melihat strim yang ditayangkan.

Twitch menyasarkan untuk menjadi salah satu platform dagangan sosial, dan menurut pihak Twitch mengenai perubahan ini, “sekiranya anda boleh melihatnya pada Twitch, maka anda boleh membelinya di Twitch”.

Twitch buat masa ini menjana pendapatan melalui pengiklanan dan jualan langganan. Pengguna boleh membayar $5 sebulan untuk berinteraksi dengan saluran yang mereka berminat.

Langkah ini juga secara tidak langsung mengintegrasikan kepakaran Amazon dalam Twitch – sekaligus membuahkan hasil ke atas pembelian bernilai $1 bilion pada 2014 lepas. Amazon sendiri mempunyai bahagian permainan video mereka, melihat platform Twitch sebagai salah satu kaedah untuk bersaing dengan Microsoft dan Sony.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mCBqF0



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.