3 Rumah Hampir Musnah Dalam Kebakaran Di Simpang
Spread the love
BUKIT GANTANG – Tiga buah rumah teres separuh papan hampir musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Taman Jaya, Kampung Baru, Simpang, dekat sini, pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid berkata bomba menerima panggilan pada 10.19 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati api sedang marak.
“Operasi pemadaman dapat dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira 11.18 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu.
Seorang mangsa, Chang Meng Long, 65, berkata beliau tiada di rumah ketika kejadian kebakaran melibatkan rumahnya itu.
Katanya, beliau dihubungi oleh rakan-rakannya yang memaklumkan kejadian itu lalu bergegas pulang ke rumah.
“Apabila sampai ke rumah saya dapati rumah saya sudah terbakar dan barangan dalam rumah tidak sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui pemberita.
Chang berkata beliau bersyukur kerana seorang anak lelakinya, Chui Fong, 17, yang ketika itu berada di rumah terselamat. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment