Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raja Salman Gesa Universiti Sumbang Kepada Pembinaan Tamadun Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raja Salman Gesa Universiti Sumbang Kepada Pembinaan Tamadun Islam

KUALA LUMPUR: Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bertitah universiti dan pusat penyelidikan di negara Islam perlu menghasilkan kerja yang boleh menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam.

Raja Arab Saudi bertitah apa yang dihasilkan itu harus juga memberi manfaat kepada negara lain di dunia.

Ini perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran dalam bidang pengetahuan ilmiah dan teknikal, yang menurut titah baginda, tidak jauh bezanya daripada cabaran yang dihadapi dalam aspek politik dan ekonomi.

“Universiti merupakan pusat pembinaan negara dan bangsa yang mempunyai misi untuk merealisasikan pembangunan dalam pelbagai dimensi secara menyeluruh,” titah baginda pada majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya kepada baginda di universiti itu, di sini malam ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Canselor UM berkenan menyampaikan ijazah kehormat itu kepada Raja Salman.

Pemerintah Arab Saudi itu seterusnya bertitah universiti juga berperanan memperkukuh perpaduan nasional selain memperkasa budaya dialog, nilai toleransi dan keharmonian hidup antara pelbagai bangsa.

“Hal ini penting untuk merealisasikan keamanan dan kedamaian di peringkat antarabangsa hingga masyarakat antarabangsa keseluruhannya dapat menikmati kesejahteraan dan keselesaan,” titah baginda dalam bahasa Arab yang diterjemah ke dalam bahasa Malaysia.

Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Kota Suci itu turut memuji Universiti Malaya yang telah memainkan peranan sebagai antara pusat pengembangan ilmu pengetahuan dalam pembangunan dunia.

“Universiti ini juga telah menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Malaysia serta negara lain,” titah baginda yang sedang melakukan lawatan negara empat hari ke Malaysia sejak semalam, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2ratl

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.