Hi! Welcome Back and Stay Tune! Golf Trofi Mercedes Malaysia bermula 16 Mac - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Golf Trofi Mercedes Malaysia bermula 16 Mac

KUALA LUMPUR: Siri kejohanan golf amatur ekslusif, Trofi Mercedes 2017 kembali ke Malaysia untuk edisi ke-27 yang membabitkan sembilan pusingan kelayakan bagi memburu tempat ke Stuttgart, Jerman pada Oktober ini.

Dijadual bermula di Dalit Bay Golf & Country Club, Sabah pada 16 Mac ini, manakala pusingan terakhir pula akan berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Selangor pada 27 April.

Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner berkata pihaknya berbangga kerana Trofi Mercedes ketika ini sudah berevolusi menjadi sisi kejohanan amatur yang berjaya.

“Hari ini, kejohanan ini dianjurkan di 60 negara dan kami berbangga untuk menganjurkannya bagi tahun ke-27 di Malaysia,” kata Widner.

“Hubungan kuat di antara pertandingan dengan jenama kami membawa kepada pembabitan aktif bagi Mercedes-Benz dalam sukan ini sejak 1989,”.

Setiap tahun, lebih 60,000 pemain gol dari lebih 60 negara bersaing bagi merebut Trofi Mercedes dalam kejohanan tempatan, kebangsaan dan serantau dengan harapan untuk layak ke Trofi Mercedes Final Dunia di Stuttgart, Jerman – tempat kelahiran jenama berkenaan.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Pelanggan Lelaki Kategori A (Handicap 0 – 12), Kategori B (Handicap 13 – 20) dan Kategori C (Handicap 21 – 24) serta kategori Pelanggan Wanita iaitu Kategori D (Handicap 0 – 36) bagi semua sembilan pusingan kelayakan.

Tiga pemenang daripada setiap kategori dari setiap pusingan kelayakan layak untuk beraksi di Trofi Mercedes Kebangsaan Final Malaysia yang dijadual pada 15 Mei di The Saujana Golf & Country Club.

Dua pemenang daripada setiap kategori lelaki dan wanita di Final Kebangsaan layak untuk beraksi di Trofi Mercedes Serantau Final Asia di mana segala perbelanjaan ditanggung ke Sanctuary Cove, Australia dari 9 hingga 11 Ogos.

Pemenang daripada setiap kategori Final Serantau pula layak beraksi di Final Dunia di Stuttgart yang dijadual pada 3 hingga 8 Oktober tahun ini di mana mereka berpeluang untuk menemui duta global Mercedes-Benz yang juga bintang golf, Ricki Fowler.

Pusingan kelayakan:

1. Dalit Bay Golf & Country Club, Sabah (16 Mac)

2. Penang Golf Club, Pulau Pinang (6 April)

3. Kota Permai Golf & Country Club, Selangor (11 April)

4. Kota Permai Golf & Country Club, Selangor (12 April)

5. Kota Permai Golf & Country Club, Selangor (13 April)

6. Kota Permai Golf & Country Club, Selangor (14 April)

7. Horizon Hills Golf & Country Club, Johor (18 April)

8. Saujana Golf & Country Club, Selangor (26 April)

9. Saujana Golf & Country Club, Selangor (27 April)

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mw35YY

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.