Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Persekutuan Lulus RM281 Juta Untuk Projek Pembangunan Lembangan Sungai Moyog - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Persekutuan Lulus RM281 Juta Untuk Projek Pembangunan Lembangan Sungai Moyog

Spread the love

PUTATAN – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM281 juta bagi pelaksanaan Pakej 1 dan Pakej 3 projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog bagi mengurangkan kawasan dilanda banjir di daerah Penampang dan Putatan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pelaksanaan projek berkenaan akan mengurangkan keluasan kawasan yang dilanda banjir di lembangan Sungai Moyog terutama di Kepayan, Pekan Kibabaig, Pekan Donggongon dan Pekan Putatan.

Selain mengurangkan magnitud kekerapan banjir, katanya projek yang dijangka siap pada 2020 itu juga akan meningkatkan tahap kemampanan kualiti hidup bagi penduduk di kawasan berkenaan serta menyelamatkan Jalan Raya Minintod-Inanam daripada dilanda banjir.

“Selaras dengan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat khususnya mangsa-mangsa banjir di seluruh negara termasuk Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek berkenaan di sini hari ini.

Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Wan Junaidi berkata pada tahun 2011, kajian pelan induk mengenai projek itu telah dijalankan dan reka bentuk terperinci untuk projek berkenaan telah disiapkan pada April 2014.

Peruntukan RM281 juta itu merupakan sebahagian daripada RM481 juta yang disediakan Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi pelaksanaan empat projek tebatan banjir yang disifatkan sebagai ‘penyelesaian secara menyeluruh’ masalah banjir di daerah berkenaan.

Kerja-kerja pembinaan Pakej 1 telah bermula pada 21 Nov 2016 untuk disiapkan dalam tempoh 36 bulan dan Pakej 3 dijangka akan bermula pada April ini, manakala tender bagi Pakej 2 dan 4 dijangka dikeluarkan masing-masing pada April dan Julai tahun ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi turut mengingatkan penduduk di kawasan terbabit bahawa konsep penyelesaian menyeluruh masalah banjir itu mungkin tidak menjadi
realiti jika berlaku perubahan cuaca luar jangka serta sikap penduduk sendiri yang tidak memelihara sungai.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata dalam Rolling Plan Kedua (RP2) RMK-11, sebanyak 13 projek utama baharu telah diluluskan dengan kos projek RM347.3 juta dan 13 projek utama sambungan berjumlah RM552.3 juta untuk dilaksanakan di Sabah oleh pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian itu antara tahun 2016 hingga 2020.

Terdahulu, Musa dalam teks ucapannya yang dibacakan Yahya berkata kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan yang terbesar untuk Sabah untuk projek tebatan banjir seumpama itu.

Beliau berharap agar pegawai dan kakitangan pelbagai agensi serta jabatan kerajaan yang terlibat dalam projek itu memberi komitmen sepenuhnya untuk menjayakan projek berkenaan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lfh4Rd

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.