Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rogol Ibu Tunggal: Lelaki Dihukum Penjara, 3 Sebatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rogol Ibu Tunggal: Lelaki Dihukum Penjara, 3 Sebatan

Spread the love

KUALA PILAH – Seorang lelaki dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang ibu tunggal berusia 54 tahun, pada 11 Feb lepas.

Razali Mohd Radzi, 34, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Narimah Badruddin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 Feb lepas kira-kira pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Guntur, Padang Lebar Batu Kikir.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohamad Azri mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Razali turut mengaku bersalah di hadapan Majistret Alau’ddin Baharom atas pertuduhan mencuri sebuah motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bermula dari tarikh dia ditangkap dan dikenakan denda sebanyak RM3,000, atau penjara enam bulan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Rinisha Priyya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l2IpLj

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.