Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penangguhan PLKS Untuk Menggaji Pekerja Asing Bukti Keprihatinan Kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penangguhan PLKS Untuk Menggaji Pekerja Asing Bukti Keprihatinan Kerajaan

Spread the love

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk nelayan yang menggaji pekerja asing membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memahami isi hati golongan itu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata kerajaan sentiasa berusaha menangani sebarang isu berkaitan permasalahan nelayan.

“Apa yang diharapkan adalah kerjasama pihak nelayan untuk membantu Persatuan Nelayan Kebangsaan dan LKIM dalam menangani kenaikan harga ikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pelaksanaan PLKS setelah mempertimbangkan rayuan pelbagai pihak termasuk pengusaha nelayan laut dalam yang berdepan masalah mendapatkan pekerja.

Pelaksanaan PLKS sepatutnya dikuatkuasakan 1 Mac ini bagi awak-awak asing dengan mereka akan dikenakan bayaran RM1,505 tidak termasuk levi, insurans dan perubatan.

Timbalan Perdana Menteri berkata nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2rgRF

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.