Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPDNKK ambil tindakan jika ada pihak sorok, catut ikan kembung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPDNKK ambil tindakan jika ada pihak sorok, catut ikan kembung

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan jika ada pihak yang menyorok ikan kembung atau terlibat dalam aktiviti pencatutan sehingga menyebabkan kenaikan harga ikan itu di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, berdasarkan pemerhatian KPDNKK setakat ini, harga ikan kembung naik kerana permintaan mengatasi bekalan ikan yang tidak mencukupi pada masa ini.

“Saya sudah maklumkan perkara ini kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya mereka mencari pendekatan yang sesuai bagi memastikan bekalan mencukupi dan masalah kenaikan harga ikan kembung tidak berlarutan,” katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di KPDNKK di sini hari ini.

Tambah Hamzah, beliau turut meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengkaji untuk membawa masuk ikan kembung dari luar negara atau menyekat penjualan ikan kembung hasil tangkapan nelayan tempatan ke luar negara.

Bernama sebelum ini melaporkan kenaikan harga ikan kembung sehingga mencecah lebih RM12 sekilogram kebelakangan ini di beberapa negeri menyebabkan ramai pengguna mula beralih kepada ayam, ikan kering dan bahan mentah lain yang lebih murah.

Mengulas mengenai penjualan minyak bersubsidi yang dijual dalam botol, Hamzah berkata, berdasarkan maklumat yang diterima ia kurang mendapat sambutan berbanding minyak masak bersubsidi dalam paket plastik yang berharga RM2.50.

Jelas beliau, minyak masak bersubsidi dalam botol berukuran satu liter dan bukannya satu kilogram (kg) berharga RM2.95.

“Pengguna lebih banyak membeli minyak masak bersubsidi dalam paket plastik. Jadi saya akan beri tempoh satu atau dua bulan lagi. Kalau minyak masak bersubsidi dalam botol masih tidak diterima baik pengguna, maka minyak masak bersubsidi 1kg hanya akan dijual dalam paket plastik,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai laporan agensi berita asing bahawa agensi perisikan Korea Utara yang menjalankan operasi senjata dengan nama Glocom yang dikatakan mempunyai pejabat di negara ini, Hamzah berkata kementeriannya hanya melihat kepada pendaftaran mana-mana pelabur atau sesiapa yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Sama ada mereka perisik atau tidak, itu bukan tugas (KPDNKK). Polis perlu meneliti perkara ini. Sekiranya (dakwaan) itu benar, maka polis perlu mengambil tindakan dan bukannya KPDNKK,” katanya.

Hamzah berkata apabila seseorang mendaftarkan syarikat, KPDNKK tidak memeriksa sama ada mereka perisik dari mana-mana negara atau tidak.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lqk8uD

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.