Anda Merokok? Siap Sedia Ditegur Mulai Hari Ini
Spread the love
TAMAN-TAMAN awam di negara mulai hari ini akan dikunjungi lebih 4,500 pegawai dari Kementerian Kesihatan untuk mengedarkan risalah larangan merokok di taman awam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pemberian risalah larangan merokok itu bertujuan mendidik golongan perokok mengenai larangan baru dan melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok atau lain-lain produk merokok.
Setiap pengunjung akan diberikan risalah berkaitan larangan ini dan amaran bertulis akan diberikan kepada pengunjung yang didapati melanggar peraturan ini,” katanya.
Ia susulan penwartaan Taman Awam sebagai tempat dilarang merokok di bawah peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017.
Bertujuan memberikan amaran kepada masyarakat aktiviti merokok adalah menjadi kesalahan di semua kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka.
Menurutnya dalam kenyataan, aktiviti hari ini akan ditumpukan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur melibatkan 68 orang pegawai Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Aktiviti itu turut melibatkan kerjasama dari beberapa agensi lain seperti Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur, Taman Burung Kuala Lumpur, Planetarium Negara, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur dan Unit Local Agenda 21 Kuala Lumpur.
“Kami sentiasa mengalu-alukan kerjasama dari mana-mana agensi dan golongan masyarakat di dalam memperkasakan peraturan ini,” katanya.
Justeru, semua pengunjung taman awam diingatkan mematuhi peraturan ini dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun. -MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment