Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maka, ramailah lepas ni lelaki yang try hard nak jadi lucu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maka, ramailah lepas ni lelaki yang try hard nak jadi lucu

Jep Sepahtu kahwin dengan Sari Yanti. Maka ramailah perempuan mengakui bahawa lelaki kelakar dan suka buat jenaka itu merupakan lelaki idaman perempuan.

Maka, ramailah lepas ni lelaki yang try hard nak jadi lucu.

Sebenarnya ramai yang tak sedar, bukan lelaki lucu yang menjadi idaman wanita. Lucu ni salah satu komponen sahaja.

Tetapi perempuan mengidamkan lelaki yang suka melayan. Dilayan ketika bercerita, dilayan ketika meluahkan sesuatu dan dilayan ketika sedang kesunyian.

Lelaki yang bukan idaman wanita adalah lelaki yang bila perempuan bercerita, dia sekadar mengangguk, takda expression, main handphone waktu perempuan tu tengah bercerita, tak berminat dengan topik yang perempuan tu cerita, dan terlalu busy buat benda lain ketika wanita tu memerlukan.

Bila ada lelaki lain yang boleh buat benda-benda ni, ditambah pulak lelaki lain tu suka buat jenaka walaupun hambar ya Rabbi, tetapi perempuan tak kisah pun sebab asalkan lelaki tu melayan cerita dia.

Biarlah lawak bodo macam mana pun, asalkan lelaki itu bersifat responsif ketika perempuan bercerita.

Yang jadi masalah adalah bila lelaki tak melayan. Handsome atau kaya macam mana pun kau, akhirnya perempuan akan tertarik dengan lelaki yang melayan.

Jadi ingat tu wahai kaum lelaki. Menjadi kelakar sahaja tak menjadikan kau boleh memikat perempuan. Tetapi, kau kena berikan perhatian ketika perempuan tu bercakap dan bersifat responsif terhadap dia.

Perempuan ni mula-mula je dia tertarik dengan lelaki lucu. Tapi bila dia nampak lelaki ni asyik lucuuuu je tapi tak bagi perhatian yang macam aku sebut tadi, lastnya perempuan tu tinggalkan juga lelaki tu.

Kalau takat kelakar saja, orang lama-lama meluat. Bukan takat perempuan, lelaki pun menyampah, you!

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mw60Bc

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.