Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cuba kau gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbentang luas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cuba kau gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbentang luas

Saya seorang suami, ada anak dua orang hasil perkahwinan yang kedua. Yang pertama sudah bercerai. Isteri pertama lari meninggalkan saya kerana masa itu saya ada masalah kewangan. Saya tidak mampu berikan dia kesenangan, kemewahan harta benda semacam yang kawan-kawannya selalu pertontonkan.

Sebelum bercerai, lima bulan dah dia lari meninggalkan saya. Saya berkahwin dengan dia hampir 10 tahun, tak ada apa saya mampu berikan. Mungkin silap saya, gaji hanya cukup untuk bayar segala perbelanjaan dapur, kereta, rumah dan pinjaman bank sebab sebelum kahwin saya ada buat pinjaman peribadi.

Isteri pertama hanya kembali pada saya untuk membuat tuntutan fasakh sebab saya tak beri dia nafkah. Saya akur dan lepaskan dia kerana saya tahu dia sudah ada yang lain. Daripada saya terus menanggung dosa, lebih baik saya lepaskan dia.

Bekas isteri saya seorang yang berpelajaran tinggi tetapi dia masih nak berkahwin dengan saya sebab dia nak bebas dari keluarga. Jujur kami kahwin pun tanpa restu ibu dan ayahnya, apatah lagi ibu saya. Sehingga ibu meninggal dunia, ibu masih tidak bertegur sapa dengan bekas isteri. Ada silapnya pada saya juga.

Selepas beberapa tahun, saya jumpa seorang gadis. Pada mulanya saya tak yakin dia mahukan saya sebab dia masih muda, saya pula sudah lanjut usia umur 32 tahun pada masa itu. Sedangkan dia baru habis belajar kemahiran hidup, 18 tahun.

*Dia pernah bercinta lelaki yang dikenalinya sejak kecil, yang juga merupakan saudara jauhnya. Tetapi Bila usia mereka menginjak dewasan, keluarga lelaki itu lebih fokus pada masa depan berbanding untuk serius dalam hubungan kahwin.

Kami berkawan, tak lama. Dia pernah beritahu saya yang dia cuma akan serius berkawan dengan orang yang betul-betul mahukan dia. Saya pernah jumpa dia dua tiga kali sahaja sebab jarak kami yang agak berjauhan. Dia tak secantik mana tetapi sikap dia buat saya tertarik. Orangnya terlalu bersederhana.

Saya mula membandingkan dia dengan bekas isteri yang gemar berfoya-foya, clubbing dan suka melepak dengan kawan-kawannya. Berbeza dengan si dia yang gemar duduk di rumah, suka belajar memasak dan suka menelaah. Saya tahu hal ini pun dari adik dan abangnya.

Selepas lapan bulan, saya melamar dia dengan niat kerana Allah. Dia menerima saya tetapi ada halangan di mana keluarganya sukar menerima saya. Mereka ingat saya tidak berkemampuan menjamin masa depan anak mereka. Tetapi si dia berusaha sebaik mungkin memujuk keluarga, menjaga solatnya. Saya daripada tak pernah solat menjadi segan dan malu. Kami sama-sama berdoa, memohon doa agar dipermudahkan urusan.

Pada masa itu saya hanya memiliki kereta Porton Saga, kerjaya pun biasa sahaja walaupun angka gaji melebih RM2,000. Komitmen saya banyak dengan bank.
Selama tiga bulan kami menunggu keputusan keluarganya. Waktu itu saya hanya dapat mengumpul RM5,000. Dia kumpulkan RM2,000. Keluarganya minta RM10,000. Tapi Allah itu Maha Kuasa, agihan harta dari keluarga, saya mendapat sebidang tanah dan juga wang sebanyak RM25,000. Saya mahu gunakan duit itu untuk majlis kahwin tetapi si dia tak bagi. Dia meminta saya hanya menikah sahaja dengannya sebab ayah dia sudah mula berlembut.

Alhamdulillah, majlis sangat mudah, kecil-kecilan sahaja dan tak habis sampai RM3,000 pun. Saya akui dia memang seorang yang sangat bersederhana.

Selepas berkahwin, dia diduga dengan gangguan dari bekas isteri yang sering mengata isteri saya buruk, tak cantik dan hina sebab mampu berkahwin dengan lelaki dayus seperti saya. Kalau tidak di Facebook, mungkin melalui kawan-kawan saya yang lain.

Kasihan isteri, saya minta dia bersabar. Reaksi yang diberi membuatkan saya terus kagum dengan keikhlasan dia. Saya tekad untuk tidak mensia-siakan perkahwinan kali ini. Saya akan cuba sebaik-baiknya untuk menyenangkan dia. Saya suruh dia duduk di rumah, saya takut rezeki saya semakin sempit kalau saya minta dia menggalas tanggungjawab saya.

Dia disahkan bunting pelamin. Seperti mana yang saya maklumkan, dia tidak secantik mana tetapi sejak mengandung, seri dia sangat-sangat menyenangkan hati saya. Membuatkan saya rasa tidak boleh berjauhan dengan dia. Dia tidak pandai marah. Kalau marah, dia akan mendiamkan diri dan makan coklat senyap-senyap. Semakin hari semakin tinggi rasa sayang saya padanya.

Rezeki saya tidak putus-putus, saya sudah mampu tukar kereta kepada Perodua Alza untuk kesenangan keluarga. Kami juga dikurniakan rezeki anak kembar pada tahun pertama perkahwinan. Syahdunya saya bila mula bergelar bapa pada usia 33 tahun. Walaupun diduga dengan pelbagai hinaan, tohmahan bekas isteri, namun isteri saya masih kuat. Dia juga sudah semakin cantik. Jauh lebih cantik daripada bekas isteri saya.

Perkongsian saya bukan untuk menceritakan perkara yang baik-baik tentang isteri saya tetapi salah ke sedikit saja untuk memuji dia dan juga memberikan sedikit pandangan saya bahawa setiap masalah rumahtangga ada jalan penyelesaiannya?

Saya tidak baik mana, solat pun masih juga terkial-kial, masih kerja sebagai kuli makan gaji dan baru dinaikkan gaji tahun ini, Alhamdulillah. Saya tidak kata perlu menjadi kaya untuk bahagiakan perempuan, perempuan yang bersederhana itu lebih baik.

Saya tunjukkan post ini kepada isteri, dia marah dan meminta saya padamkan post ini. Katanya dia tidak layak menerima pujian sebegini. Dia cuma melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri sahaja. Dua tiga kali dia suruh saya padam tetapi admin kenakan caj RM50 jika mahu perkongsian dipadamkan. Saya tak nak buang, biarlah dia nak marah, makan coklat banyak mana pun. Doakan saya semoga terus istiqomah dan tak termakan dengan sebarang panahan cinta dari wanita lain (chewah!)

Sekarang saya percaya kebahagian dan kejayaan seorang suami kerana ada isteri dibelakangnya. Bersyukur saya dianugerahkan seorang isteri yang sangat penyayang. Anak-anak lagi menambahkan rasa sayang saya padanya. Doakan kami bahagia hingga syurga. Saya juga doakan bekas isteri saya cepat-cepat berubah dan cepat tinggalkan segala dunia maksiat.

Saya doakan anda semua juga bahagia dengan pasangan masing-masing hingga ke syurga. Gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbuka luas dan Allah permudahkan segala urusan kita setiap hari. Amin.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mBYZhh

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.