Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kehadiran Kenderaan Hazmat, Unit Forensik Di IPD Sepang Curi Perhatian Media - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kehadiran Kenderaan Hazmat, Unit Forensik Di IPD Sepang Curi Perhatian Media

Spread the love

SEPANG – Kehadiran lima kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk satu kenderaan Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang petang ini mencetuskan tanda tanya.

Lima jentera itu dilihat memasuki perkarangan IPD pukul 3.20 petang dan ia jelas menarik perhatian kumpulan media yang berkumpul di luar IPD tersebut.

Ketibaan kira-kira 10 anggota bomba itu disambut polis di situ dan mereka kemudian dibawa memasuki bangunan IPD tersebut, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas itu.

Tinjauan Bernama mendapati anggota bomba tersebut kemudian mengalihkan kenderaan mereka untuk membentuk kepungan ke atas tiga kenderaan lain, seolah-olah mahu menghalang daripada dilihat pihak luar.

Kenderaan itu adalah kereta Suzuki Swift berwarna putih, Myvi hitam dan teksi berwarna merah.

Anggota bomba itu kemudian mengeluarkan beberapa perkakasan dan alat tertentu daripada kenderaan Hazmat.

Pasukan yang memakai sut berwarna putih dan kuning turut dilihat di kawasan terbabit dan memeriksa tiga kenderaan tersebut, selain kehadiran unit forensik.

Pada awal pagi Ahad lalu, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pasukan Hazmat dan Badan Pelesenan Kuasa Atomik (AELB) Malaysia melakukan operasi bersepadu mengesan bahan kimia toksik dan berbahaya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (klia2).

Operasi tersebut dilakukan berikutan penemuan bahan kimia yang dikenal pasti sebagai agen saraf VX yang digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un, baru-baru ini. – BERNAMA

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mlYbRJ

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.