Adakah Tun Mahathir Berbohong, Atau Nyanyuk Seperti Yang Dititahkan Sultan Johor?
Berikut diterbitkan semula kenyataan penuh oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin.
1. Satu ketika dahulu ada Harimau Asia bernama Dr Mahathir Mohamad. Semua orang gerun dengan beliau, sebagaimana yang diakuinya, dia seorang diktator sepanjang selama 22 tahun dia berkuasa.
2. Bagi mengekalkan kuasa, Dr Mahathir mencantas musuh politik beliau. Timbalan Perdana Menterinya Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara kerana katanya negara kita tidak boleh ada Perdana Menteri yang homoseksual. Lim Kit Siang pula dikatakan ancaman kepada Melayu dan dipenjarakan juga.
3. Harimau ini kini sudah tua. Kini dia suka sangat Kit Siang sehingga sanggup menerima pemimpin de facto pembangkang ini sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini agar anaknya Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri. Kini Mahathir bersekongkol dengan Anwar dan berjabat tangan dengannya, nampaknya dia sanggup menerima seorang pesalah peliwat homoseksual sebagai seorang pemimpin Malaysia.
4. U-turn sebegini oleh Dr Mahathir amat menghairankan. Dulu Kit Siang dikatakan sebagai ancaman kepada Melayu tetapi kini tidak pula. Dulu dikatakan liwat adalah satu jenayah, kini diterima pula. Adakah harimau ini yang sudah lanjut usianya semakin keliru?
5. Malah DYMM Sultan Johor kini juga mempersoalkan Dr Mahathir. Sepertimana titah Tuanku baru-baru ini, “Dulu dia kata pembangkang adalah musuh tetapi kini dia boleh duduk semeja dengan mereka dan menjadi rakan karib. Dulu dia kata media Barat gemar mereka cerita, Kini dia kata apa yang dilaporkan media Barat adalah fakta. Dulu dia mengkritik Melayu mudah lupa tetapi kini dia sendiri yang pelupa. Jika dia bukan pelupa, mungkin dia nyanyuk sedikit.”
6. Pengamatan oleh DYMM ini jelas dalam tulisan blog terkini Dr Mahathir yang menjatuhkan imej negara demi kepentingan politik peribadi, dengan mengatakan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada sepuluh negara paling korup di dunia. Hakikatnya, dalam senarai Transparency International yang terkini, Malaysia adalah negara ke-55 yang paling tidak korup di dunia.
7. Jelas, sama ada Mahathir berbohong ataupun dia tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan. Jika bukan begitu, mengapa dia kata Malaysia adalah antara 10 negara yang paling korup sedangkan Malaysia tersenarai antara satu pertiga daripada negara paling tidak korup di dunia?
8. Realitinya, rakyat Malaysia tidak lagi boleh mempercayai apa-apa sahaja kata-kata U-turn Dr Mahathir. Kata-katanya amat memalukan, sama ada dia berbohong demi kepentingan politik atau sudah nyanyuk sepertimana yang dititahkan DYMM Sultan Johor. Harimau tua ini lebih baik bersara sepenuhnya.
DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lWbeYP
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment