Hi! Welcome Back and Stay Tune! Si comel ini maut diserang asma, doktor enggan rawat kerana lewat hadir temujanji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Si comel ini maut diserang asma, doktor enggan rawat kerana lewat hadir temujanji

LONDON: Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia akibat serangan penyakit asma yang dihidapinya selepas doktor enggan merawatnya apabila lewat tiba hanya beberapa minit untuk temujanji. Doktor berkenaan dikatakan masih bertugas di selatan Wales selepas diberi amaran kerana masalah disiplin susulan perbicaraan terhadapnya, lapor media tempatan.

Ellie-May Clark yang menetap di Newport dijadualkan menemui Dr Joanne Rowe pada pukul 5 petang pada 26 Januari 2015 selepas diserang asma.

Kanak-kanak warga Britain itu telah beberapa kali berdepan serangan penyakit sama sejak enam bulan lalu.

Ia adalah temujanji mengejut, tetapi Dr Rowe menolak untuk menemui budak perempuan itu dan ibunya kerana lewat tiba di kliniknya.

Clark berkata, mereka hanya terlewat kira-kira empat minit, manakal laporan rasmi menyebut mereka tiba lapan minit lewat daripada masa yang ditetapkan.

Sebaik tiba, penyambut tetamu sibuk dengan tugasnya dan hanya pada 5.18 petang dia menghubungi Dr Rowe bertanya sama ada dia mahu menemui Ellie-May atau sebaliknya.

Dr Rowe berkata, pesakitnya lewat lebih 10 minit dan sebab itu dia enggan menemui mereka.

Mereka diminta datang semula ke klinik itu pada pagi keesokkan harinya.

Seorang lagi doktor di klinik sama bagaimanapun mempersoalkan keputusan itu kerana ia temujanji mengejut, kata laporan itu.

Pada pukul 10.35 malam hari sama, Clark menemui Ellie-May dalam keadaan tidak bernyawa selepas dipercayai diserang asma lagi. Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital tetapi telah meninggal dunia.

Susulan itu, doktor berkenaan diberi amaran selepas perbicaraan tertutup diadakan berkaitan kes berkenaan.

Nenek Ellie-May, Brandi memberitahu media, Dr Rowe langsung tidak meminta maaf atas perbuatannya.
Sumber :
– www.mstar.com.my

The post Si comel ini maut diserang asma, doktor enggan rawat kerana lewat hadir temujanji appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m1e4MN

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.