Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raja Arab Saudi beri respons positif hasrat Malaysia tambah kuota haji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raja Arab Saudi beri respons positif hasrat Malaysia tambah kuota haji

PUTRAJAYA: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud memberi maklum balas positif berhubung permintaan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini, ujar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jelas Perdana Menteri, Arab Saudi masih membuat pertimbangan secara mendalam berhubung permintaan Malaysia berkenaan.  

“Peranan Raja Salman sudah tentu berhubung pengurusan jemaah haji adalah satu perkara amat penting dan diberi perhatian yang berat oleh kerajaan Arab Saudi. Malaysia begitu berterima kasih atas penambahan kuota sehingga lebih kurang 30 ribu yang diberikan kepada jemaah haji tahun ini.

“Atas permintaan untuk tambah kuota tersebut, Raja Salman telah respons dengan positif tetapi ia perlulah diberi pertimbangan secara lebih mendalam lagi,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Raja Salman Abdulaziz Al Saud di Seri Perdana di sini hari ini.

BACA: Kerajaan Arab Saudi kembalikan kuota jemaah haji Malaysia

BACA: Tabung Haji akan pohon 8,000 kuota tambahan jemaah tahun ini

Dalam pada itu, Kerajaan Arab Saudi juga sedia menimbang cadangan Malaysia untuk membina dua pusat jemaah haji negara di Mekah dan Madinah.

“Begitu juga permohonan Malaysia untuk mengadakan dua pusat jemaah haji iaitu satu di Mekah, dekat dengan masjid utama di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, maka kedua-dua permohonan itu akan dipertimbangkan selanjutnya oleh Raja Arab Saudi dalam konteks undang-undang mereka di mana orang asing tidak boleh memiliki tanah. Jadi, sama ada kita boleh menyewa untuk jangka panjang,” katanya lagi.

Kerajaan Arab Saudi  sebelum ini mengembalikan semula kuota jemaah haji Malaysia kepada 27,900 orang untuk Musim Haji 2017 berbanding 22,230 sejak 2013.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m1MTBu

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.