Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shah menang gangsa keirin di Piala Dunia, LA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shah menang gangsa keirin di Piala Dunia, LA

Pelumba trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

KUALA LUMPUR: Pelumba trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terus membuktikan kejaguhannya dalam acara keirin apabila memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, hari ini.

Kejayaan jaguh dalam pembikinan berusia 22 tahun itu meraih pingat lebih manis apabila dia menewaskan pemenang emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India, dua minggu lalu iaitu pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.

Tempat pertama perlumbaan menjadi milik pelumba Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata manakala pelumba Kanada, Hugo Barrette memenangi pingat perak, ketinggalan 0.0042 saat (s) manakala Shah Firdaus ketinggalan 0.075s.

Bagi Shah Firdaus, ia adalah pingat pertamanya di Piala Dunia sejak menyertai pasukan senior.

Kejayaan Shah Firdaus di negara Uncle Sam itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu bakar yang jelas teruja dengan pencapaian pelumba muda berkenaan.

“Ingat lelaki ini. Masa depan trek berbasikal negara cerah,” tulis Khairy dalam Twitter miliknya.

Pada aksi di ACC India, Shah Firdaus merangkul pingat gangsa di ACC yang mengubati kedukaan raja keirin negara, Azzizulhasni Awang sebelum sebelum itu terkandas di separuh akhir.

Watanabe meraih emas pada kejohanan berkenaan dengan rakan senegaranya, Yuta Wakimoto memenangi perak.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m1K0ki

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.