“Allahu rase macam badan ni patung diseluk sana sini.” – Wanita hamil kongsi pengalaman memalukan diperiksa doktor lelaki
Maaf saya hanya nak berkongsi perasaan. Semalam saya ade tanda nak bersalin, saya pegi dekat sebuah hospital ini.
First time pegi sane. Agak terkilan, bila yang cek perut saya pelajar praktikal lelaki, seluk bukaan pelajar praktikal perempuan dan diperhatikan oleh 2 orang pelajar praktikal lelaki. Saya dah beritahu doktor perempuan Muslimah yang bertugas time tu, saya tak benarkan.
Tapi, dia cakap “takpe, puan dapat pahala bagi diorang belajar”. Allahu rase macam badan ni patung dipegang sane sini. Saya faham kite tak boleh nak memilih, sebab kerajaan. Tapi, dimana hak kite sebagai pesakit.
Sedangkan Islam hanya membenarkan seandai darurat. Sedangkan doktor wanita Muslimah itu ade disitu tapi hanya bagi arahan kepada pelajar praktikal. Takpela, mungkin ini dah bahagian saya.
Saya tak kesah kalau yang cek itu seorang doktor lelaki seandai darurat, kalau tiada seorang doktor wanita yang bertugas waktu tu.
Tapi, keadaan saya dicek oleh pelajar praktikal lelaki dan wanita sambil dinilai oleh doktor wanita. Maaf ye, ni sekadar luahan saya dan sampai sekarang dah rase fobia nak pergi hospital.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lMl3bo✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment